Sabtu, 9 Mei 2015

nak jadi agen dropship??meh baca ni..

Assalamualaikum...

dropship..siapa pernah dengar dropship? dropship ni maksudnya "orang tengah yang drop order dari pelaggan yang order tu di ship kan (dihantar) oleh pembekal". jadi, secara tak langsung ada dua jenis pendapatan korang boleh dapat. aku pun nak buka kepada sesiapa yang nak jadi agen dropship aku..respon okay..

---akan bersambung part2---
wechat : its_jana6393
fb/insta : jana6393 collection
whatsapp : 0123454807

Jumaat, 19 Disember 2014

tips kemas rumah

Assalamualaikum..

aku tengah fikir macam mana nak kemas rumah. hurm... bersepah sangat-sangat! nak-nak baju yang melambak sana sini. nak dibuang, orang punya. nanti mulalah keluar dialog macam ni;
  
"Kan baju aku. yang kau pandai-pandai buang kenapa???!!"
  
atau macam ni;
  
"Tak ada kerja dah ke buang-buang baju orang ni?"
   
atau macam ni;

"Tak reti minta izin ke hah? tak reti tanya dulu?? kau ingat ni baju abah kau punya ke hah?? (abahmu abahku jua....)"


jadi, aku pun carilah tips nak kemas rumah...dan ni yang aku dapat.

1- uruskan baju setiap hari

tak ada masalah sebab memang setiap hari aku basuh baju, tak pun dua hari sekali. korang macam mana?? tapi, tu baru basuh. lepas tu kenalah sidai kasi kering. lepas tu kena lipat dan susun elok-elok. tpi inilah masalah aku, malas nak asingkan baju yang dah kering. yelah, keluarga aku ada lapan orang termasuk aku, belum campur baju-baju kurung, pakaian sekolah, cadar selimut, yang kecik-kecik.... pening!


2-  lantai oh lantai

sapu lantai tu biar hari-hari, mop pula seminggu sekali dua. kalau ada kotoran tertumpah kat lantai, terus kemas. jangan dah bersemut lantai tu baru sibuk nak sapu lah, nak mop lah. ingat tu!


3- masak dan makan

bab masak memasak ni, aku kurang sikit, sebab akak atau adik aku akan buat kerja-kerja ni. cuma, ye lah, aku amalkan masak nasi dulu sebelum sediakan bahan nak masak lauk, sebab aku tolong sedia-sediakan bahan masak (tapi masak atas api aku tak join.haha). jadi, sikap tolong menolong dan pembahagian tugas tu tersangatlah penting kalau nak siapkan kerja dengan cepat. kalau dah habis pakai perkakas, terus letak dalam sinki, nanti adik lagi sorang pulak selesaikan. dalam pada lauk tengah masak, nasi pun dah nak masak, bolehlah siap-siapkan air minuman, hidang-hidang pinggan. 

eh, apa kaitan dengan mengemas? haha..tak tau la..


4- simpan menyimpan

okey, ni bukan cerita pasal simpan duit ke apa ke. ni cerita pasal tempat menyimpan barang-barang. secara dasarnya, mesti semua orang fikir kabinet untuk simpan pinggan mangkuk, bakul besar untuk simpan mainan anak-anak, ruang makan untuk makan je. betul, memang betul. tapi sekarang, bukan semua orang boleh macam tu. ubatnya senang je. jadi kreatif macam mana nak simpan barang-barang, dan pastikan semua orang yang tinggal dalam rumah tu setuju dan faham akan cara dan tempat nak simpan barang-barang tu. paham?


5- multitasking

haa...multitasking yang aku maksudkan ialah gunakan mesin-mesin yang ada dan dalam masa yang sama buat kerja dengan kudrat kita yang masih ada bercampur dengan kreativiti atau bantuan orang lain. haha. contoh macam ni;

basuh baju dalam mesin basuh (mesin) + masak nasi dalam periuk elektrik (mesin) + masak lauk yang tak perlu sentiasa dikacau (kreativiti) + minta anak/adik yang dah besar sikit sediakan pinggan untuk makan (bantuan orang lain) + basuh pinggan mangkuk (buat sendiri) + bancuh air sirap (buat sendiri). sebelum makan, pakaian boleh jemur dulu (atau kalau pakaian siap dibasuh lebih awal, suruh anak/adik jemurkan dulu). jadi, dah tak banyak kerja bila dah habis makan nanti. betul tak?


6- tahu apa nak buat

kemas ke apa ke, yang penting kita tau apa kita nak buat. lagi bagus, ambil gambar ruangan yang kita nak kemas atau benda yang kita nak buat sebelum dan selepas. baru lah kita tau kita puas hati ke tak dengan apa yang kita buat tu.


7- utamakan keperluan, ketepikan emosi


ni bertujuan supaya kita tahu apa yang nak dipakai, apa yang tak terpakai. baju, hiasan, benda-benda yang tak perlu. asingkan. yang memang berpakai atau ada tempat untuk pamerkan, simpan dan susun siap-siap. yang seterusnya kita perhatikan betul-betul. baju tu muat lagi tak? barang mainan ni nak main lagi ke tak? buku nota ni dah berapa lama kita tak baca, jadi berguna lagi untuk kita ke tak? dsb... maka, apa yang betul-betul kita nak simpan je kita simpan, yang lain tu jual atau sedekah je pada orang. kalau susah sangat, buang je. jangan disebabkan sayang kat satu-satu benda tu, kita tak ada ruang yang cukup untuk simpan benda-benda penting dan berpakai, sekaligus menyakitkan mata dan otak kita sebab semak sangat rumah tu.

tu je lah buat masa ni. tata.

.: credit to http://www.wom.my/kesihatan/cara-kemas-rumah/
.: credit to http://akusukatulisblog.blogspot.com/2013/12/tips-mengemas-rumah.html
.: credit to http://susunatursioca.blogspot.com/2014/06/macamana-nak-pastikan-rumah-kekal-kemas.html
.: credit to http://superbvitamin.blogspot.com/2014/09/7-tips-kemas-rumah-mudah-dan-cepat.html

Sabtu, 13 Disember 2014

tips hilangkan bosan

assalamualaikum...

lama tak menulis kat blog kesayangan ni.. sekarang pun dah mula bosan, tu yang terbukak blog ni secara tak sengaja.. jadi, hari ni kita cari apa nak buat bila dah bosan.. sambil-sambil tu korang kongsi lah apa korang buat bila bosan okay!

tapi, benda terbaik untuk muslim ialah solat sunat.. ya, macam terpinggir je ibadah sunat ni. tapi hakikatnya memang kita selalu sibuk sampai buat yang wajib je, kan..(kadang-kadang kantoi gak..adoi!).. tapi kan berfaedah dan bermanfaat untuk saham akhirat kita.. bak kata ustaz kat tv, kita semua kan calon jenazah..bekal jangan lupa k...

okay, tazkirah dah habis.. jom tengok apa lagi dalam senarai (credit kat bawah.tengok sendiri)


1. Contact kenalan lama.
cari kawan-kawan yang dah lama tak contact.. ada handphone? ada fb? ada whatsapp ke apa ke..guna la! nak lagi gempak, ajak jumpa, makan sekali...bayar sendiri-sendiri..hehe

2. Mengemas.
kau rasa???? haa..kadang-kadang, bosan mungkin disebabkan oleh mata yang melihat "kebersepahan" dalam sesebuah ruang. apa penyelesaian terbaiknya??? kemaslah!
tapi kadang-kadang, bukan pasal sepah sangat pun. saja nak tukar angin...boleh...silakan!

3. Aktiviti dengan orang lain.
ikut mak pergi pasar ke, main lukis-lukis dengan budak-budak ke, main dam haji dengan atok-atok ke...lagi bagus, kalau aktiviti tu membolehkan kita belajar skil baru..baru champion!

4. Mr. Planner.
cuba fikir balik.. mesti ada sesuatu yang korang nak buat, nak miliki atau tempat yang korang nak pergi.. apa kata korang buat perancangan, walaupun nampak macam bodoh-bodoh je.. ajak adik-adik korang yang kecik tu tolong bagi idea.. sebab idea bodoh-bodoh budak kecik selalunya meransang otak orang dewasa untuk berfikir secara kritis.. lagi bagus buat peta minda.. lepas tu, tampal kat dinding.. mana tau, esok-esok dapat ilham nak tambahbaik plan tu, lama-lama tercapai la hajat korang tu..amin....

5. Kenali minat anda.
cuba fikir, apa minat korang? memasak? cari resipi dan teknik memasak, lepas tu buat kat rumah. bertukang? cari barang-barang pertukangan yang simple-simple kat kedai DIY. tak pun, kalau hujung minggu tak tau nak buat apa, pergi la bengkel ke kelas ke, belajar apa yang korang minat tu.. kalau tak salah aku, giatmara ada kelas untuk separuh masa di samping sepenuh masa.

6. Set masa tetap.
set masa korang yang tiap-tiap hari apa yang korang akan buat. tapi ni bukanlah wajib patuh 100%, cuma bila korang dah bosan, korang dah ada plan apa nak buat ikut jadual tu. tapi kadang-kadang ni bukan pasal bosan ke tak, tapi jadi "malas ke tak" nanti..haaa....

7. Jom jalan!
pergi la berkelah kat sungai ke, zoo ke, ke luar bandar ke, pergi bandar ke... kalau ada tau mana-mana karnival, expo atau apa-apa event, pergilah.. untung-untung dapat banyak barang dengan harga runtuh..hehe

8. Kerja amal.
kerja amal ni tak susah pun.. dari bersedekah barang-barang lama yang masih elok, pergi melawat rumah anak yatim atau rumah orang tua-tua, sampai cari dana untuk mereka-mereka yang memerlukan... terpulang... tapi kalau memang dah tak tau apa nak buat sangat, duduk kat pintu rumah, senyum dan sapa orang-orang yang lalu...atau tolong jaga budak-budak kat taman permainan.. tak susah kan..

.: credit to http://knowledge-is-unlimited.blogspot.com/2013/08/boring-bosan-tidak-tahu-nak-buat-apa-1.html


perasan tak, ada antara tips kat atas tu melibatkan orang lain selain kita sorang? makanya, kalau bosan atau hampir dekat nak bosan tu, cepat-cepat cari orang lain.. sebab kalau kita dah bosan dan duduk sorang-sorang, kecenderungan untuk bergolek-golek sampai tertidur sangatlah tak produktif! kang "ternaik" pulak berat badan.. nak ke??

selain dari tu, ada jugak aktiviti dalam tips tu yang menyuruh korang buat benda yang korang sukai.. tak pun, (katakanlah) bila korang dah buat benda tu, korang akan rasa suka buat benda tu.. bererti, dalam nak isi masa bosan ni, jangan buat benda yang menyebabkan kita rasa terpaksa ke, tak suka ke, sebab kita kena buat benda yang menggembirakan diri kita sendiri atau yang orang lain.. okay?

tapi, dalam pada korang nak buat hampir semua tips tu, fikir dulu, ada tak benda-benda penting yang korang belum buat lagi? lebih baik siapkan apa yang perlu disiapkan dulu sebelum fikir cara nak hilangkan bosan... contohnya, "sampah yang dekat dua plastik penuh kat dapur tu.. dah buang ke belum??" hehe..contoh..........

kalau dah buat apa yang korang nak buat dalam rumah (contohnya macam kemas dapur, lipat baju, masak kuih ke..), keluar la dari rumah... duduk kat halaman rumah ke keluar jalan-jalan ke... kan... baru la segar balik otak yang serabut fikir bosan tu tadi...

.: credit to http://rioonizuka.blogspot.com/2013/09/tips-hilangkan-rasa-bosan.html


dan dari aku sendiri, cuba hasilkan sesuatu yang berseni...buat kad ucapan ke, bingkai gambar ke, sajak puisi ke, tak pun menyanyi-nyanyi dalam rumah dengan penuh perasaan.. hilang jugak la bosan tu...

ye tak???

Jumaat, 24 Oktober 2014

tips makan banyak-banyak ^_^

hai...lama dah rasanya tak update blog.. okay, hari ni tak nak cerita panjang lebar kenapa lama tak update blog (banyak yang jadi sepanjang tak update blog ni). makanya, hari ni kita cerita pasal MAKAN! ye, MAKAN!

nak makan banyak tapi kadang-kadang rasa tak mampu nak makan. benda ni terjadi kepada yang tak amalkan diet nak kurus la eh (yang nak kurus tak payah la...tengok je kami-kami ni makan..haha!). tips-tips nya adalah seperti berikut ;

1. makan macam biasa.
huh? kan nak makan besar kejap-kejap lagi ni. takkan lah nak makan siang ni kot? malam/petang nanti nak makan banyak macam mana? hish, jangan salah faham. perut kita kalau tak makan, lagi lah dia buat hal. macam, kita dah lama tak jalan kaki. tiba-tiba kena jalan kaki, mesti rasa susah, kan? macam tu juga perut ni. dah biasa makan, tiba-tiba tak makan, tiba-tiba lagi makan, banyak pulak tu. haa...tak terkejut ke perut tu? kesian perut. huhu...




2. minum air.
 ye, air. tapi bukan sebarang air ye. ais kososng/mineral, air buah atau lagi best, air yang asidik gitu, macam air limau ke.
yang lemak-lemak macam coklat ke susu ke, atau yang bergas ke, tak mau minum masa nak makan besar ye. ini kerana, air yang asidik tu akan potong lemak dalam makanan sekali gus melambatkan rasa muak dan kekenyangan melampau, sedangkan air bergas atau susu dan seumpanya tu mencepatkan kita untuk rasa kenyang yang teramat sampai misi kita untuk makan banyak-banyak tak tercapai. tu yang terjadi "mission impossible" tu. adoi. lagi satu, kalau boleh 2hari sebelum nak makan banyak ni pun, banyakkan minum plain water okay!




3. mulakan dengan yang ringan-ringan.
mulakan minum dan makan dengan bismillah, diikuti dengan makanan yang ringan-ringan. senang cerita, starter lah kata orang putih. yang tak masin, yang tak berat sangat, yang light-light je. lepas tu borak-borak la. ambil masa sebelum kita beralih ke main course katanya.


4. makan yang mahal.
ini kalau makan dekat kedai la. kalau tak mahal, kira yang berat la macam daging ke, ayam ke. tapi ni yang kira lauk paling utama la dalam sebanyak-banyak makanan yang dihidangkan. dan bila dah lauk utama tu, mesti la makan dengan nasi, sayur, atau kalau english style, makan dengan kentang. jadi bila dah jadi hidangan sepinggan lengkap tu, dah kira mahal la tu. okay what?



5. tandas.
ni memang la bukan bab makan, tapi untuk menjamin kelangsungan acara makan tanpa henti yang betul-betul berhenti tu, rajin-rajin la ke tandas untuk melegakan segala apa yang tak enak dalam perut tu. ini bertujuan khasnya untuk memberi keselesaan sepanjang kita nak makan sebanyak-banyak makanan, dan umumnya untuk mengelakkan kita dari penyakit "muka minta penampar" aka rasa tak selesa nak berborak dengan orang. ala, biasa la borak sambil makan. baru terasa nikmatnya, betul tak? hehe.


6. makanan kecil.
okay, makanan kecil ni maksudnya, bila kita dah kenyang, tapi nak makan lagi. apa yang perlu kita lakukan ialah makan buah yang kecil-kecil, seperti anggur atau buah potong. hal ini dapat membantu mengimbangkan tahap gula dalam badan dan mungkin pening-pening kekenyangan. kalau minum kopi, minum yang light-light je.



jadi itulah 6 cara makan banyak-banyak yang betul lah kot. oh, sebelum terlupa, kalau rasa nak tambah, jangan dan-dan tu nak tambah. chill la dulu, borak-borak, jalan-jalan, betulkan mekap, buang air, ambil angin, buat apa-apa lah sebelum tambah apa-apa benda atas pinggan. jadi, baru la dapat makan banyak-banyak!


Khamis, 20 Oktober 2011

Tiada Yang Kedua

Tiada Yang Kedua

ya, ya, ya... memang tiada yang kedua. kenapa? sebab, selalunya, yang kedua (bukan untuk semua perkara) selalunya memberi impak negatif pada seseorang.

1. tiada TUHAN yang kedua
ini berkaitan dengan agama atau kepercayaan masing-masing. sebagai seorang muslim, tuhan kita hanya satu, iaitu Allah s.w.t. jika ada tuhan kedua, nama-nama Allah yang 99 itu, mesti dibahagi-bahagi. jadi, tuhan tidak sempurna. maka, kerana Allah itu Maha Esa, satu-satunya tuhan, tiada tuhan selainNya, maka Allah s.w.t adalah Maha Lengkap.

2. tiada suami kedua
melainkan anda (wanita) telah bercerai, lalu berkahwin semula (dengan lelaki yang lain), itu lain cerita. tetapi, bagi satu-satu perkahwinan, wanita hanya berkahwin dengan seorang lelaki. jika suami berkongsi isteri dengan suami yang lain, maka si isteri tidak berupaya untuk menjaga keluarga kedua-dua suami, sebaliknya wanita merupakan makhluk yang kuat semangat. (maksudnya, dia boleh terima seorang madu, tetapi bukan mengasihi dua orang dalam satu masa. paham??)

3. tiada peluang kedua
ini merujuk kepada perkara yang sama, pada masa yang sama. maksudnya, apabila anda sudah makan nasi, tidak mungkin anda melakukannya sekali lagi pada masa yang sama dan benda yang sama. setiap butir beras yang sudah masuk ke dalam perut anda tidak boleh dikeluarkan semula (kecuali muntah atau buang air besar) kemudian dimakan semula (nak ke makan muntah tu, macam badang??)

4. TIADA ULANG SEMULA
haa, yang ni maksudnya, kalau nak tau apa yang saya cakap tadi, bacalah sendiri ya, dari mula. malas nak ulang balik. haha..

sekian, terima kasih..