Memaparkan catatan dengan label ICT paper. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ICT paper. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2011

Pilihlah...

Assalamualaikum..

lama rasanya tidak update blog. sibuk sikit dengan midterm test, assignment lagi..tapi tak mengapa, yang penting anda semua masih sudi singgah ke mari. terima kasih.


Gaya tak semesti, Bijak pengundang iri

biasalah, kita bukan kaya sangat. setiap bulan nak beli sehelai baju baru pun kadang-kadang baru dapat. tapi yalah, kita ada sikap dan perangai masing-masing, ada kebiasaan masing-masing. kalau sudah terbiasa begini, teruskan. tak semestinya orang berkereta kita berbas, hidup lebih menjadi mudah.

kadang-kadang, orang tidak menginsafi kekurangan diri. tapi alhamdulillah, ada juga segelintir yang sedar dan bangkit memperbaiki diri. senang dengan atmosfera begini. walaupun kehadiran mereka agak menyakitkan mata dan hati, bila dikenang perubahan itu, demi diri mereka sendiri, terasa seperti beban mereka dipikul bersama. bukan mudah ingin berubah. ya, bukan mudah. jadi, langkah yang kecil inilah yang harus kita banggakan supaya mereka terus mara ke hadapan.


Rindu datang bertaut, Janji dimungkiri

ada orang kata, rindu itu pengikat kasih. tapi, adakah kasih itu mengikat perasaan kita, atau dengan diri dan maruah juga? jika rindu mengikat perasaan, maka seharusnya kita terus percaya pada kekasih yang jauh di mata.

tapi rindu yang mengikat jasad dan harga diri? bagi yang selamat bernikah, YA, memang anda terikat zahir batin pada suami/isteri anda. tetapi sekadar berkasih, bercinta... jika janjinya sering dimungkiri, dan kita tidak penting langsung baginya, adakah kita perlu terus terseksa demi cinta, semata-mata kerana ingin bahagia di akhir masa bersama? fikirkanlah, jika kita tidak penting baginya, jika janji yang diberi acapkali dimungkiri, lebih baik perpisahan terjadi SEKIRANYA anda tidak dapat bertahan lagi. kerana yang terseksa di penghujung ceritera ini adalah anda sendiri, dan bukan dia.


renungkanlah sahabat sekelian, apakah masih ingin berada di takuk yang lama, tempurung yang sama, atau ingin beralih ke dimensi yang baru? pilihlah...

Rabu, 22 September 2010

hari pertama, subjek pertama (ICT) . . .

    hari ni, peperiksaan percubaan spm bermula... aku mulakan dengan bismillah, doa dan... aduh, cikgu ni asyik jerit-jerit je... tak tau la nama cikgu tu kan, tapi dia jerit pun nak bagi peringatan pasal kertas soalan dan tulis nama je... jadi, masa baca soalan, aku da sasau sikit... tak paham apa aku baca, tapi jawab je la...

   dah dekat dua minit... cikgu tu mendiamkan diri... kat bawah (jawab dalam kelas je hari ni), budak-budak  mana ntah, ada PJK. main tu nak gelak kuat-kuat, cakap kuat-kuat... macam orang gila! senang cerita, 40minit pertama tu aku jawab memang tak tenang... tapi sebab soalan depan-depan tu tak susah sangat, jadi aku senyum je la... sasau kan? haha...

   ni aku karang lepas habis rehat...

   "...Mengantuk gila dari start paper sampai dah habis rehat ni... Ok, alhamdulillah la dapat jawab. Agak pasti 41/70 markah dah dalam tangan...dan agak pasti 22/70 markah terbuang sia-sia (dah memang tak paham bab tu, menung je la...). Maka, yang tersisa cuma 7/70 yang boleh tambah markah aku (tapi A memang dah tak nampak lah...) Sedih, tapi sendiri cari penyakit, taknak paham-paham pe cikgu ajar.
   Dah lama lepas rehat,awin ajak pula check jawapan...perghh!! menikam kalbu betul markah aku..."

   jadi, sama-samalah kita tunggu result percubaan aku keluar nanti untuk tahu ye... huhuuu