Memaparkan catatan dengan label exam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label exam. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2011

Pilihlah...

Assalamualaikum..

lama rasanya tidak update blog. sibuk sikit dengan midterm test, assignment lagi..tapi tak mengapa, yang penting anda semua masih sudi singgah ke mari. terima kasih.


Gaya tak semesti, Bijak pengundang iri

biasalah, kita bukan kaya sangat. setiap bulan nak beli sehelai baju baru pun kadang-kadang baru dapat. tapi yalah, kita ada sikap dan perangai masing-masing, ada kebiasaan masing-masing. kalau sudah terbiasa begini, teruskan. tak semestinya orang berkereta kita berbas, hidup lebih menjadi mudah.

kadang-kadang, orang tidak menginsafi kekurangan diri. tapi alhamdulillah, ada juga segelintir yang sedar dan bangkit memperbaiki diri. senang dengan atmosfera begini. walaupun kehadiran mereka agak menyakitkan mata dan hati, bila dikenang perubahan itu, demi diri mereka sendiri, terasa seperti beban mereka dipikul bersama. bukan mudah ingin berubah. ya, bukan mudah. jadi, langkah yang kecil inilah yang harus kita banggakan supaya mereka terus mara ke hadapan.


Rindu datang bertaut, Janji dimungkiri

ada orang kata, rindu itu pengikat kasih. tapi, adakah kasih itu mengikat perasaan kita, atau dengan diri dan maruah juga? jika rindu mengikat perasaan, maka seharusnya kita terus percaya pada kekasih yang jauh di mata.

tapi rindu yang mengikat jasad dan harga diri? bagi yang selamat bernikah, YA, memang anda terikat zahir batin pada suami/isteri anda. tetapi sekadar berkasih, bercinta... jika janjinya sering dimungkiri, dan kita tidak penting langsung baginya, adakah kita perlu terus terseksa demi cinta, semata-mata kerana ingin bahagia di akhir masa bersama? fikirkanlah, jika kita tidak penting baginya, jika janji yang diberi acapkali dimungkiri, lebih baik perpisahan terjadi SEKIRANYA anda tidak dapat bertahan lagi. kerana yang terseksa di penghujung ceritera ini adalah anda sendiri, dan bukan dia.


renungkanlah sahabat sekelian, apakah masih ingin berada di takuk yang lama, tempurung yang sama, atau ingin beralih ke dimensi yang baru? pilihlah...

Isnin, 8 Ogos 2011

Lepas Satu Bala Pergi, Satu Bala Mari...

hai semua...maaf lah lambat update..baru habis exam, tengah cuti la ni.. tapi belum boleh rehat-rehat sangat, ada tugasan menanti..

lepas satu bala pergi,satu bala mari..

haa..jangan salah sangka.. ayat tu cuma ekspresi orang tengah stress.. maklum lah, patut bila cuti kita cuti.. tapi banyak pula yang menanti, macam tau-tau je orang cuti..haha

bala 1 - nikmat bpuasa..sabar...
yang ni sebenarnya kita selalu terlepas pandang (dan terlepas marah)..kenapa? sebab ustaz kat al-kuliyah cakap syaitan ni, walaupun dah kena ikat sebulan, tapi dia dah train kita sebelas bulan.. jadi, bila iman tak tebal mana (macam aku ni), memang mengamuk jela. cuma kelebihan aku, aku dah reda aku fikir balik kenapa aku marah bagai nak rak dan apa pula salah aku dalam salah orang lain..kira muhasabah diri la..alhamdulillah,aku jumpa kesalahan aku dalam setiap kesalahan orang dan aku pun dah minta maaf.dia pun dah maafkan aku.. selamat hari raya je la..huhu

bala 2 - kerja manusia, buat perkara sama..
yang ni pula, sebenarnya kesalahan aku. aku ni cuai sangat kot..kerja tak siap, kertas soalan hilang, student card hilang... hari-hari benda sama je jadi.. bosan lah jugak,kan.. tapi aku tak tau macam mana nak handle masalah yang satu ni.. takkan nak tulis dalam kertas, rebus, pastu minum? haa...kang masuk hospital jawabnya..

bala 3 - yang sudah tu sudah lah...
ni pun lagi satu..dah kena sekali, belajar dari kesilapan. tapi tak, ikut hati juga.. dah dapat duga pun, ikut hati juga.. sekarang merasa lah kau,jana... ajak date, sibuk...nak call,tak sampai hati nak habiskan kredit aku..mesej? tu je lah hari-hari,...bosan juak la bah!!penyudahnya, makan kat kfc la hari ni... (namo mam sowang-sowang)..

itulah antara yang aku belajar selama tak update blog ni...tapi takpe, itu namanya PENGJARAN.. bala ke nikmat ke, sentiasalah bersyukur dan muhasabah diri okay.. dah, dah..nak kena offline ni.. nak buat kerja.. tata semua...

~SELAMAT BERPUASA!!~

Jumaat, 24 September 2010

my English paper...love, greed and coffee

    English paper...abaout love, greed and coffee.. huh? yup, that's the question i've answered last morning. but then...

dah, aku tak nak speaking lagi dalam post kali ni. aku dah semakin tak paham dengan apa yang aku buat.. jadinya, aku ceritakan apa yang kaitkan kopi, tamak dan cinta ni dengan exam tadi...

Coffee aka kopi.
   menurut soalan grammar tadi...seorang pengembala kambing Euthopia (Euthopian ship herder lau tak silap tadi) perhatikan kambing dia sangat aktif lepas makan buah macam buah ceri. pastu dia lak makn buah tu, dan die sangat bertenaga...akhirnya, tersebar cerita ke seluruh pelosok setempat...orang buat kajian itu, kajian ini sehingga terciptalah coffee bean dan air kopi yang sebahagian besar orang suka tu..


Greed aka kehalobaan dan ketamakaan.
   soalan novel...dan yang aku tekankan ialah watak The Doctor, yang tak mahu merawat orang miskin dan sanggup mencekik Coyotito, anak Kino dan Juana...dah la dia cekik baby tu, dia bagi ubat pastu suruh Kino bayar...bak kata adik aku, penamak betul! tapi itu baru doktor, zaman tu lah...(maaf kepada doktor-doktor yang berkhidmat penuh dedikasi.ini bukan untuk anda!). kedua orang yang beli mutiara tu. memang la Kino ni orang kampung, tapi mutiara tu bernilai tinggi. nak beli murah, dah tu, menipu lak...amboi...kesian la orang tu, menyelam semata-mata nak selamatkan nyawa anak, tapi diperbodohkan demi kemahuan mereka sendiri.The Priest pun apa kurangnya. tak pernah pergi ke kawasan orang miskin, tapi lepas dengar pasal mutiara besar kedabak tu, tup tup dah ada kat rumah tu. tapi yang paling penting, Kino sebagai ketua keluarga yang berusaha mencri jalan untuk menyelamatkan nyawa anaknya sendiri pun boleh gelap mata dengan mutiara tu. kenapa? dia lebih pentingkan mutiara yang dianggap sial oleh Juana daripada keselamatan keluarganya sendiri. bahkan, dia sanggup belasah isterinya tu separuh mati, dah tu tinggal camtu je. jahat kan? tu lah kisahnya dalam novel The Pearl.

Love aka Cinta...
   yang ni, aku tulis karangan, yang 5soalan pilih satu tu. the importance of love...aku tulis kisah benar,tapi ada yang aku tambah agar kelihatan sesuai dengan tajuk...tapi memang, walaupun anak kedua sering disisihkan, tapi percayalah, beban kita tak seberat yang mereka (anak pertama aka sulung) pikul...nanti aku dah dapat balik, aku bagi lah kat korang ye...

Rabu, 22 September 2010

hari pertama, subjek pertama (ICT) . . .

    hari ni, peperiksaan percubaan spm bermula... aku mulakan dengan bismillah, doa dan... aduh, cikgu ni asyik jerit-jerit je... tak tau la nama cikgu tu kan, tapi dia jerit pun nak bagi peringatan pasal kertas soalan dan tulis nama je... jadi, masa baca soalan, aku da sasau sikit... tak paham apa aku baca, tapi jawab je la...

   dah dekat dua minit... cikgu tu mendiamkan diri... kat bawah (jawab dalam kelas je hari ni), budak-budak  mana ntah, ada PJK. main tu nak gelak kuat-kuat, cakap kuat-kuat... macam orang gila! senang cerita, 40minit pertama tu aku jawab memang tak tenang... tapi sebab soalan depan-depan tu tak susah sangat, jadi aku senyum je la... sasau kan? haha...

   ni aku karang lepas habis rehat...

   "...Mengantuk gila dari start paper sampai dah habis rehat ni... Ok, alhamdulillah la dapat jawab. Agak pasti 41/70 markah dah dalam tangan...dan agak pasti 22/70 markah terbuang sia-sia (dah memang tak paham bab tu, menung je la...). Maka, yang tersisa cuma 7/70 yang boleh tambah markah aku (tapi A memang dah tak nampak lah...) Sedih, tapi sendiri cari penyakit, taknak paham-paham pe cikgu ajar.
   Dah lama lepas rehat,awin ajak pula check jawapan...perghh!! menikam kalbu betul markah aku..."

   jadi, sama-samalah kita tunggu result percubaan aku keluar nanti untuk tahu ye... huhuuu

Ahad, 19 September 2010

Assalamualaikum...

haa...lama gila tak bukak blog...berkurun rasanya dah tinggalkan blog yang tak seberapa ni.. ok2..

kisah 1 : SPM datang la pulak...!
  pejam celik,pejam celik...dah form5...tapi tak pe..yang penting aku masih baran (dah kurang sket rasanya) dan masih gila2 bahasa.. dan sebab tu jugak lah,aku tak perasan trial dah dekat..aku lemas dalam timbunan-timbunan masalah...kat rumah,kat skolah,ngan orang2 sekeliling aku...

- jangan fikir sangat pasal masalah kalau kita tak mampu nak teruskan, tapi berehat seketika bersama kitkat k..hehe.


kisah 2 : mak!!yuran adik tak bayar lagi...
   haa...budak baik..mak cakap tanya cikgu yuran dah bayar ke belum...punya la sibuk sangat (kononnya),nak cuti baru tanya.."kamu byar je rm51.50, yang penting2 je... penyudahnya, duit raya yang semakin tahun semakin sikit diterima, terpaksa aku simpan agar dapat ku bayar yuran tersebut..untuk kawan2,tahun rm18 je bajet...kat adik2 aku,aku da bagi..nasib baik tul...

- lain kali,bawak nfon g skola,letak reminder kuat2...selamat hari raya....!!


kisah 3 : tegur salah, diam pun tak boleh...cet!!
   wahai dara2 (dan semua perempuan di sarwajagat ni,tak kira umur dan bangsa)...,lau orang tegur tu,jangan la buat endah tak endah..tapi lau buat tak peduli,tahan lagi...ni sampai nak lempang2 orang pe cita?? nasihat untuk kebaikan korang jugak...tapi bila aku diam,masa tu aku lak tak duk diam...nak tegur,kena tengking...nak diam,lau jadi pape aku yang tanggung....arrgghh!!!!

- aku ngah belajar camne nak kawal nada suara aku...harap2 tak jerit2 sangat nanti...amin...


komen la lau korang ade petua untuk aku,selesaikan prob aku ni...thnx sebab singgah ye....
-SELAMAT HARI MALAYSIA-