Isnin, 11 Oktober 2010

Nota Sebelum Mati

aku memang sayang mama...ok,aku ngaku aku da banyak gila buat salah ngan mama...aku melawan cakap mama...aku tak hormat langsung kat mama..

hish,ngarut je nana ni...

yup,memang tu la yang ramai orang cakap...tapi tak salah kalau aku nak anggapkan aku akan mati dalam 3bulan lagi...sekurang-kurangnya aku nak la tunjuk kat sume orang aku ni masih lagi berguna...

dah la, aku rasa sakit sangat ni...nak relax tapi....tak boleh...aku perlukan kawan...aku sunyi...

atau sebenarnya aku sunyi melampau sampai aku rasa sakit-sakit sume ni??

atau aku dah gila???? joe,tolong nana... sayang, cepat la on nset....sakit sangat badan ni...

Jumaat, 8 Oktober 2010

luahan hati - unedited version

ntah la,aku tak paham kenapa dorang sume nak cepat sangat membesar daripada aku yang nak terus dalam keadaan camni. aku ni muda sangat la nak masuk campo hal2 politik ni. aku nak sangat terus berkhayal tiap2 masa supaya dapat timbulakn segala ketenangan dalam diri. korang tau tak susah nak jadi dewasa ni. korang kena banyak bertimbang rasa dan korang tak boleh pentingkan diri. korang tau tak korang ni masij\h terlalu kecil. korng tau taksemua ni?korang tak sedar hakikat tu la. tau tak, aku dah ehilangan semuanya bila kaku jadi terlalu cepat dewasa. aku kehilangan kenangan bahkan aku kehilangan masa kecil aku! korang tau tak!!! tapi aku tau, korang tau. korang pun rasa macam tu. yela, kalau tengok cerita lama2 kanak2 mesti mancing kat mana2 smapi maghrib, sampai mak bising. tapi sekarang kita semua kena gi sekolah la, tuisyen la. ada yang mak bapak suruh study je dan jangan keluar rumah biarpun korang dah study bagai nak rak,hampir gila dibuatnya. ada pulak yang sakit kronik, macam aku, tak boleh keluar rumah. tapi masalahnya semua orang gelakkan aku bila aku tak tau pe yang berlaku dalam dunia sepanjang aku hidup 17tahun!!! damn! sekarang jkorang pikirkanlah apa yang aku cakap. kita terlalu cepat dewasa, kan? sebenarnya aku tau gak pasal politik ni sikit2, yela, aku ada tiga big family, masing2 ada cerita sendiri poasal parti politik puilihan kalbu mereka. pas la umno la ape la. ntah la, aku tak pasham kenapa. kalau ikutkan aku, aku taknak pilihanraya nianti, aku kena mengundi. tapi ustazah kata sayangkan negara dah kira tanggungjawab seorang muslim. jadi sekarang aku nak betul2 raai semua yang aku dah terlepas sebelum aku betul2 berjasa pada negara dengan cara mengundi ubntuk kepentingan negara. dah la,aku nak buat aiskrim bandung pastu aiku nak lantak sorang2. tata!!

Khamis, 7 Oktober 2010

Time for Rights! / Masa untuk Hak!

ok, trial aku da abes da...huhuuu....tapi sebab otak aku dimakan zombi sebab terlalu bijak masa exam ni, aku bagi korang iklan lagi la yek.....plz read...!!

1. STOP SEX TRAFFICKING OF CHILDREN & YOUNG PEOPLE
Human trafficking is the third largest and fastest growing criminal industry in the world.
1.8 million children are exploited in the global commercial sex trade though this figure is thought to be much higher due to the underground dealings of the traffickers.
Reports show that sexual exploitation is the most likely purpose of trafficking.
Trafficking exists in countries all over the world. It doesn’t only exist in the poorest countries.
Your signature really can make a difference. Sign the petition.
Human trafficking is the third largest criminal industry in the world. Make a difference - sign the petition.

Do you know your rights as Malaysian? How well do you know The Constitution? It covers almost every aspect of Malaysian life, from the simple right to freedom of movement to the right to elected government.
MyConstitution is a first-of-its-kind national campaign to educate the Malaysian public and create greater awareness about the Constitution.
Check it out for yourself! 
Do you know your rights as Malaysian citizen? Check out MyConstitution!

In the last 10 years we have lost almost half of all wild tigers. Tigers are in deep trouble and they need your help!
No petitions need to be signed, we just need your ROARING voice to spread awareness!
Just as tigers have their own unique roars, you can come up with a creative roar of your own. We are their only hope so let your ROAR be heard!
 In the last 10 years we have lost almost half of all wild tigers. Tigers are in deep trouble and they need your help! ROAR with them!
http://malaysia.youthsays.com/crusJ/roar 

Rabu, 6 Oktober 2010

pari-pari patah sayap . . .

aku nak buat segalanya. aku gagal hanya kerana 4 orang.

joe. abah. ayob. ikram.

bodoh kan aku ni, patahkan angan-angan dan impian aku semata-mata kerana patah hati dengan komen mereka.

Selasa, 5 Oktober 2010

hadiah untuk wanita istimewa...

aku dapat handphone baru (2nd punye), aku dapat idea baru, aku dapat kawan baru...tapi semua tu tak bermakna . . .

aku bakal kehilangan keluarga, kawan, bahkan diri aku sendiri...bukan tak bersyukur tapi aku tau pe aku pernah, akan, dan boleh buat dengan handphone baru...aku rasa aku akan rosak sekali lagi...

idea baru yang aku dapat, dan idea-idea sebelum ni bergantung pada partner...masalahnya partner aku semua hilang bila aku perlukan...aku rasa nak mati dah kutu kat kepala sebab aku tak dapat sokongan dari  orang yang sepatutnya...mak aku boleh tolong dalam sediakan keperluan tapi untuk pembeli, aku tak dapat bantuan dari mana-mana...

kawan baru ni sebenarnya pembaharuan dalam persahabatan je...bukanlah kawan tu orang baru...dan lagi sekali, orang tu adalah diri aku sendiri...aku dapati takde siapa pun sayang aku lebih dari diri aku sendiri...lebih menyedihkan, aku tergolong dalam orang-orang yang berpenyakit mental, di mana aku mencintai diri aku sendiri, disampaing mencintai orang lain...

dah la ye, malam ni malam aku nak study sebab esok paper chemistry...
lau nak order hadiah istimewa untuk wanita penting dalam hidup korang (makwe ke, mak ke, kawan perempuan ke, LECTURER ke..hehe) boleh call aku. aku ada shawl (any warna), gelang (any corak) dan kad ucaan (korang boleh bagi ucapan, aku tuliskan)...dan penghantaran pos laju...RM 35. ni no aku 0129730921-jana

Ahad, 3 Oktober 2010

shawl/handkerchief + bracelet/bangle + card = RM???

yup, tu la soalannya...
berapa harga releven agaknya? rasa nak jual,tapi tak tau berapa nak jual...
lagi satu prob is..,camne nak jual? nak buat kawan tak reti, nak start menjual tak reti...
yela, dulu ada partner, tapi masa tu takde idea lagi..,ni da ada idea, partner lak ilang..
pening la...

Jumaat, 1 Oktober 2010

lagi offer untuk korang....

1) Yummy cupcakes at 50% off. Must share with your friends!
Get half a dozen freshly baked cupcakes in a variety of flavours for only half the price! Only RM13.50 instead of RM27. Since you can buy as many vouchers as you want - buy and give these yummy cupcakes to your friends as gifts!
 http://malaysia.youthsays.com/crusJ/CupCake-Chic
 Share half dozen yummy cupcakes for RM 13.50 only!


2) Satisfy your appetite with scrumptious Western Fusion Cuisine at 50%!
Artista Bar & Restaurant is where food and art meets in perfect harmony. Indulge in Artista's famous Western Fusion and immerse yourself with the best of the local art scene. Buy as many RM50 vouchers at only RM25 each!
 http://malaysia.youthsays.com/crusJ/Artista
Satisfy your appetite for half a price!


3) Get 50% Off Tutti Frutti, US based premium frozen yogurt at Sunway Giza
With over 150 stores worldwide, Tutti Frutti has arrived at Sunway Giza all the way from California! Cool yourself down with premium frozen yogurt at Tutti Frutti, Sunway Giza Mall, Kota Damansara. Get the RM10 voucher at RM5 and personalise your very own frozen yogurt with your favourite flavours and toppings now!
 http://malaysia.youthsays.com/crusJ/tutti-frutti
Feeling hot? Get some Tutti Frutti Frozen Yogurt with 50% off vouchers!



how to motivate yourself, jana?

tu la soalan yang bermain dalam fikiran aku selama dua,tiga hari ni...aku tak boleh berhenti berfikir pasal ni.. dah tiga hari aku tidur lambat..bukan pe, aku ada masalah mental...masalahnya aku tak boleh berhenti berfikir macam mana nak cari duit...

aku dah ada idea, tapi aku tak rasa boleh buat...mak bapak aku la....masa mak aku ok,bapak aku ko...bila bapak aku ok,mak aku ko....penyudahnya,aku terkontang kanting lagi la ni...

macam mana ek???

Rabu, 29 September 2010

korang kena tengok ni!!!barang baeekkk bagi penggemar DISKAUN!!!!!

hari ni aku nak kongsi link je.. aku tak berapa nak sehat...enjoy!

1.suka diskaun???betul ni?? jangan miss ni...


2. suka jus buah yang segar bugar???nak awet muda?? try ni...
Get fresh juicy fruits RM50 worth for RM25:
1. Delivered to your doorstep now (via phone / online order)
2. Redeem at MBG Fruits The Gardens Mid Valley or via phone or online order. 
Have a fruitful day and feast on fresh, juicy fruits from MBG fruits for 25RM instead of 50RM!


3. nak buat baik??nak orang tolong kita??? baca ni..
Caramel is a movement - to give Malaysians a chance to help their fellow Malaysians.
It's a platform for those who are in need of help and those who would like to help.
First, you just have to register and tell us what you need and we will help from there.
Tell your friends and spread this good word!
 Let's sweeten lives together with Caramel!


Isnin, 27 September 2010

mengarut jap..

    aku sangatlah tak puas hati dengan diri aku ni...siang ngamok bagai nak rak,malam boleh lak manja-manja stim...hampeh!

   lagi satu,aku macam kena penyakit la...kalau dok umah je,mesti gatal-gatal pedih-pedih kulit aku ni...sakit sangat...

   dan paling penting, cinta yang a\tersisa dalam hati aku semakin pudar sebab aku rasa sekarang aku mahukan dia...

Sabtu, 25 September 2010

catering girl . . .

penat!!!

sampai rumah orang tu,terus susun-susun ulam..pastu g umah sebelah menjalankan tanggungjawab kepada diri sendiri; tidur!

alah, korang tak payah la rasa aku ni tak tau malu...orang tu makcik aku.. dah aku tolong masak di malam hari (sampai lepas subuh waktu kerja aku), jadi aku ke rumah sebelah la untuk rehat...dan kebetulan hujan lebat..jadi tak boleh la ke rumah sana balik...

sekarang, mak ayah aku dah mula buat katering kecil-kecilan...aku nak tolong dorang tapi aku takut kerja tunggang langgang pasal aku nanti...

dan sekarang, mak aku dah on the way nak balik ke rumah, bawa bungkusan lauk..jadi tugas aku la ni, masak nasi 2 pot. jadi,sampai ketemu lagi!!!hehe

Jumaat, 24 September 2010

my English paper...love, greed and coffee

    English paper...abaout love, greed and coffee.. huh? yup, that's the question i've answered last morning. but then...

dah, aku tak nak speaking lagi dalam post kali ni. aku dah semakin tak paham dengan apa yang aku buat.. jadinya, aku ceritakan apa yang kaitkan kopi, tamak dan cinta ni dengan exam tadi...

Coffee aka kopi.
   menurut soalan grammar tadi...seorang pengembala kambing Euthopia (Euthopian ship herder lau tak silap tadi) perhatikan kambing dia sangat aktif lepas makan buah macam buah ceri. pastu dia lak makn buah tu, dan die sangat bertenaga...akhirnya, tersebar cerita ke seluruh pelosok setempat...orang buat kajian itu, kajian ini sehingga terciptalah coffee bean dan air kopi yang sebahagian besar orang suka tu..


Greed aka kehalobaan dan ketamakaan.
   soalan novel...dan yang aku tekankan ialah watak The Doctor, yang tak mahu merawat orang miskin dan sanggup mencekik Coyotito, anak Kino dan Juana...dah la dia cekik baby tu, dia bagi ubat pastu suruh Kino bayar...bak kata adik aku, penamak betul! tapi itu baru doktor, zaman tu lah...(maaf kepada doktor-doktor yang berkhidmat penuh dedikasi.ini bukan untuk anda!). kedua orang yang beli mutiara tu. memang la Kino ni orang kampung, tapi mutiara tu bernilai tinggi. nak beli murah, dah tu, menipu lak...amboi...kesian la orang tu, menyelam semata-mata nak selamatkan nyawa anak, tapi diperbodohkan demi kemahuan mereka sendiri.The Priest pun apa kurangnya. tak pernah pergi ke kawasan orang miskin, tapi lepas dengar pasal mutiara besar kedabak tu, tup tup dah ada kat rumah tu. tapi yang paling penting, Kino sebagai ketua keluarga yang berusaha mencri jalan untuk menyelamatkan nyawa anaknya sendiri pun boleh gelap mata dengan mutiara tu. kenapa? dia lebih pentingkan mutiara yang dianggap sial oleh Juana daripada keselamatan keluarganya sendiri. bahkan, dia sanggup belasah isterinya tu separuh mati, dah tu tinggal camtu je. jahat kan? tu lah kisahnya dalam novel The Pearl.

Love aka Cinta...
   yang ni, aku tulis karangan, yang 5soalan pilih satu tu. the importance of love...aku tulis kisah benar,tapi ada yang aku tambah agar kelihatan sesuai dengan tajuk...tapi memang, walaupun anak kedua sering disisihkan, tapi percayalah, beban kita tak seberat yang mereka (anak pertama aka sulung) pikul...nanti aku dah dapat balik, aku bagi lah kat korang ye...

Y!Mag



YouthSays members are featured on Y!Mag 20-21 pages. Have you seen it?

1 more time, plz take a look at this site :  http://malaysia.youthsays.com/crusJ/ymag

save the dolphin!!

http://malaysia.youthsays.com/crusJ/savejapandolphins

Save the Japan Dolphins. The sea at Taiji, Japan is turning red from the killings. Do your part to stop the slaughter now...
 

Rabu, 22 September 2010

ayang n anje...hehe... kekanda adinda..


MonoloQue & Atilia- Kekanda Adinda (video rasmi,versi 8 bulan)

"...kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!.."

ni fav lagu aku...antara la.. lain kali,aku letak pulak lagu lain..nanti la!!
enjoy!

hari pertama, subjek pertama (ICT) . . .

    hari ni, peperiksaan percubaan spm bermula... aku mulakan dengan bismillah, doa dan... aduh, cikgu ni asyik jerit-jerit je... tak tau la nama cikgu tu kan, tapi dia jerit pun nak bagi peringatan pasal kertas soalan dan tulis nama je... jadi, masa baca soalan, aku da sasau sikit... tak paham apa aku baca, tapi jawab je la...

   dah dekat dua minit... cikgu tu mendiamkan diri... kat bawah (jawab dalam kelas je hari ni), budak-budak  mana ntah, ada PJK. main tu nak gelak kuat-kuat, cakap kuat-kuat... macam orang gila! senang cerita, 40minit pertama tu aku jawab memang tak tenang... tapi sebab soalan depan-depan tu tak susah sangat, jadi aku senyum je la... sasau kan? haha...

   ni aku karang lepas habis rehat...

   "...Mengantuk gila dari start paper sampai dah habis rehat ni... Ok, alhamdulillah la dapat jawab. Agak pasti 41/70 markah dah dalam tangan...dan agak pasti 22/70 markah terbuang sia-sia (dah memang tak paham bab tu, menung je la...). Maka, yang tersisa cuma 7/70 yang boleh tambah markah aku (tapi A memang dah tak nampak lah...) Sedih, tapi sendiri cari penyakit, taknak paham-paham pe cikgu ajar.
   Dah lama lepas rehat,awin ajak pula check jawapan...perghh!! menikam kalbu betul markah aku..."

   jadi, sama-samalah kita tunggu result percubaan aku keluar nanti untuk tahu ye... huhuuu

Selasa, 21 September 2010

bak kata orang, serius buyer only... Baldwin from U.S.A -DAH JUAL-










ni adalah piano (kan?)...brand Baldwin made from U.S.A...yang dijual dengan harga RM 1900...oleh pakcik aku...di Puncak Alam...nak tengok dulu pun boleh...call aku di 0129730921...bak kata orang, serius buyer only... SOLD

Mai-mai beli Serunding!!!

haa... serunding... mesti korang pernah dengar pasal serunding kan? serunding daging ada...serunding ayam ada... selain tu,rendang pun ada...rendang ayam, rendang daging...(jugak sama..hehe).. jadi,ni..aku nak war-warkan kat korang yang mak aku sekarang da buat biz serunding sengan rendang (asing la..kan)... ada sesape nak beli? dijamin halal...

kerepek pun ada gak...tapi yang kami berjualan sekarang ialah serunding dan rendang...

dan yang penting...aku tolong buat serunding tu...haha.....

MAI-MAI BELI SERUNDING DAN RENDANG!!! 
 

"Tempahan untuk serunding dan rendang dibuka sekarang...harga berpatutan dan penghantaran percuma sekitar KL, Kelang, Shah Alam, Cyberjaya, Putrajaya, Puchong and Nilai..."

Isnin, 20 September 2010

I am a
Canna


What Flower
Are You?


hari kekasih terluka....

first day of school...after a long, long holidays, about two weeks...so tired at school just now...

haa...kenapa aku speaking tetiba ni ye? takde apa-apa pun..saja je...yelah, mana tak nya, percubaan akan bermula tak lama lagi, rabu ni (22/09/10)!! yang tak tahan tu, member-member skolah lain yang dah habis jawab, gelak la diorang... tapi takpe, trial ni kira macam magnet study..hehe

sekarang, aku dan dua orang sahabat hadapi masalah yang agak berat bagi untuk terima...semua pasal cinta. yup, memang cinta itu buta..tapi itu tak bermaksud kami ni mudah-mudah je nak mengalah...tetapi,takdir telah mengatakan yang hubungan itu setakat ini sahaja. terimalah jelah...

AKU : Cinta Tak Kesampaian...
   aku dan Cinta dah lama kenal, masa aku form3 lagi...tak la lama sangat, tapi blh la..masa tu, memang aku takde apa-apa dengan dia..tapi bila aku dah suarakan perasaan aku,dia terima...indah rasanya..aku akui aku memang seorang yang agak mudah dan cepat melenting...tapi aku cuba berubah..
   "Cinta kena pergi plkn..."
   aku lepaskan cintaku dan menunggu....
   aku cuba sambung balik selepas dia balik..berjaya...tapi aku tak tahu,kenapa dia sambung form6... dia tunggu aku ke? atau memang dia tak mahu keluar dari zaman persekolahan? atau dia ambil kos yang perlukan form6 tu... ye,aku tahu dia kerja malam dekat hotel..tapi aku tak tahu kenapa susah sangat dia nak angkat aku call...mesej pun dia tak balas....
    raya 2010...dia angkat juga panggilan aku pagi tu...tapi nampaknya dia tak kenal nombor aku...dan dia biasa-biasa je dengan aku..... dan lepas aku tanya dia dengan siapa sekarang, ingatkan nak sambung balik....
    "Cinta dah sebulan bertunang...mestilah dengan pilihan hati Cinta.."

AMIR : Kasihku Diambil Orang...
    Amir dan Kasih dah lama bercinta...tapi sayang, masih sekolah lagi...
    "Kasih tunggu Anir ya...nanti kita kahwin..."
    Bukan mudah menunggu...tapi amir yakin dia mampu...dan cinta yang dipendam bukan lagi sekadar suatu perasaan, tapi seolah-olah menjadi janji kepada dirinya dan Kasih...
   dan tiba-tiba Kasih hilang tanpa khabar berita...dan Amir hanya mampu berpura-pura ceria di hadapan kawan-kawan, ahli keluarga... mulutnya masih becok,tingkahnya masih cergas...tapi hatinya, hanya tuhan yang tahu..
   dan hari itu tiba..
   "Kasih minta maaf...kasih dah nikah dengan suami lebih sebulan...Kasih tak ada di rumah, amir janganlah mencari Kasih lagi..." pedihnya hati ini...
   "oh ya, doakan Kasih mudah melahirkan nanti...keluarga suami yang menjaga Kasih sekarang...terima kasih,Amir..."
   mampuka kau bayangkan betapa remuk dan sebak hati ini,Kasih? dapatkah kau rasa betapa kehilanganmu menghina kesetiaanku? oh Kasih, sesungguhnya aku amat mengasihimu...

BUDI : Sayangnya...
   pertunangan yang hampir lima tahun nampaknya mati. tiada rasa, tiada bahagia, tiada sengsara. hanya ada rasa yang pasif. ada cinta dan kasih tapi sayangnya dia terasa diabaikan. Budi manusia biasa, bukan malaikat. dan Budi tak sempurna, itulah satu-satunya perkara yang amat Budi akui.
   tapi cinta dan kasih ini Budi akan simpan selama-lamanya. selama yang Budi mampu.
    "kalau Sayang sayangkan saya, Sayang putuskan pertunangan Sayang dengan Budi..Sayang sayang saya kan?" itulah emel yang Sayang tak sempat padam. sayang juga tak sempat sign out emel sebab tak tahan nak ke tandas.
   ketika itulah Budi tak sengaja melintas depan laptop toshiba Sayang. From - Baby, Subject - miss u darling..
    "Budi tak sengaja ter-klik emel ni. tapi Budi tak sangka Sayang sanggup buat Budi macam ni. kenapa, Sayang?" lembut je Budi tanya.
   "eh, kau ni memang dah melampau ye Budi. dah pandai nak usik barang-barang aku. kau tak puas hati? okey, kita putus sekarang jugak!"
   sayangnya, Sayang tak tahu apa yang Budi korbankan untuk Sayang melebihi apa yang Sayang tahu...

itulah kisah kami...sedih tak sedih gak la...tapi takpe...kami sekarang cuba nak hidup tanpa mereka sekarang... thnx singgah baca...