Jumaat, 24 Oktober 2014

tips makan banyak-banyak ^_^

hai...lama dah rasanya tak update blog.. okay, hari ni tak nak cerita panjang lebar kenapa lama tak update blog (banyak yang jadi sepanjang tak update blog ni). makanya, hari ni kita cerita pasal MAKAN! ye, MAKAN!

nak makan banyak tapi kadang-kadang rasa tak mampu nak makan. benda ni terjadi kepada yang tak amalkan diet nak kurus la eh (yang nak kurus tak payah la...tengok je kami-kami ni makan..haha!). tips-tips nya adalah seperti berikut ;

1. makan macam biasa.
huh? kan nak makan besar kejap-kejap lagi ni. takkan lah nak makan siang ni kot? malam/petang nanti nak makan banyak macam mana? hish, jangan salah faham. perut kita kalau tak makan, lagi lah dia buat hal. macam, kita dah lama tak jalan kaki. tiba-tiba kena jalan kaki, mesti rasa susah, kan? macam tu juga perut ni. dah biasa makan, tiba-tiba tak makan, tiba-tiba lagi makan, banyak pulak tu. haa...tak terkejut ke perut tu? kesian perut. huhu...




2. minum air.
 ye, air. tapi bukan sebarang air ye. ais kososng/mineral, air buah atau lagi best, air yang asidik gitu, macam air limau ke.
yang lemak-lemak macam coklat ke susu ke, atau yang bergas ke, tak mau minum masa nak makan besar ye. ini kerana, air yang asidik tu akan potong lemak dalam makanan sekali gus melambatkan rasa muak dan kekenyangan melampau, sedangkan air bergas atau susu dan seumpanya tu mencepatkan kita untuk rasa kenyang yang teramat sampai misi kita untuk makan banyak-banyak tak tercapai. tu yang terjadi "mission impossible" tu. adoi. lagi satu, kalau boleh 2hari sebelum nak makan banyak ni pun, banyakkan minum plain water okay!




3. mulakan dengan yang ringan-ringan.
mulakan minum dan makan dengan bismillah, diikuti dengan makanan yang ringan-ringan. senang cerita, starter lah kata orang putih. yang tak masin, yang tak berat sangat, yang light-light je. lepas tu borak-borak la. ambil masa sebelum kita beralih ke main course katanya.


4. makan yang mahal.
ini kalau makan dekat kedai la. kalau tak mahal, kira yang berat la macam daging ke, ayam ke. tapi ni yang kira lauk paling utama la dalam sebanyak-banyak makanan yang dihidangkan. dan bila dah lauk utama tu, mesti la makan dengan nasi, sayur, atau kalau english style, makan dengan kentang. jadi bila dah jadi hidangan sepinggan lengkap tu, dah kira mahal la tu. okay what?



5. tandas.
ni memang la bukan bab makan, tapi untuk menjamin kelangsungan acara makan tanpa henti yang betul-betul berhenti tu, rajin-rajin la ke tandas untuk melegakan segala apa yang tak enak dalam perut tu. ini bertujuan khasnya untuk memberi keselesaan sepanjang kita nak makan sebanyak-banyak makanan, dan umumnya untuk mengelakkan kita dari penyakit "muka minta penampar" aka rasa tak selesa nak berborak dengan orang. ala, biasa la borak sambil makan. baru terasa nikmatnya, betul tak? hehe.


6. makanan kecil.
okay, makanan kecil ni maksudnya, bila kita dah kenyang, tapi nak makan lagi. apa yang perlu kita lakukan ialah makan buah yang kecil-kecil, seperti anggur atau buah potong. hal ini dapat membantu mengimbangkan tahap gula dalam badan dan mungkin pening-pening kekenyangan. kalau minum kopi, minum yang light-light je.



jadi itulah 6 cara makan banyak-banyak yang betul lah kot. oh, sebelum terlupa, kalau rasa nak tambah, jangan dan-dan tu nak tambah. chill la dulu, borak-borak, jalan-jalan, betulkan mekap, buang air, ambil angin, buat apa-apa lah sebelum tambah apa-apa benda atas pinggan. jadi, baru la dapat makan banyak-banyak!


Khamis, 20 Oktober 2011

Tiada Yang Kedua

Tiada Yang Kedua

ya, ya, ya... memang tiada yang kedua. kenapa? sebab, selalunya, yang kedua (bukan untuk semua perkara) selalunya memberi impak negatif pada seseorang.

1. tiada TUHAN yang kedua
ini berkaitan dengan agama atau kepercayaan masing-masing. sebagai seorang muslim, tuhan kita hanya satu, iaitu Allah s.w.t. jika ada tuhan kedua, nama-nama Allah yang 99 itu, mesti dibahagi-bahagi. jadi, tuhan tidak sempurna. maka, kerana Allah itu Maha Esa, satu-satunya tuhan, tiada tuhan selainNya, maka Allah s.w.t adalah Maha Lengkap.

2. tiada suami kedua
melainkan anda (wanita) telah bercerai, lalu berkahwin semula (dengan lelaki yang lain), itu lain cerita. tetapi, bagi satu-satu perkahwinan, wanita hanya berkahwin dengan seorang lelaki. jika suami berkongsi isteri dengan suami yang lain, maka si isteri tidak berupaya untuk menjaga keluarga kedua-dua suami, sebaliknya wanita merupakan makhluk yang kuat semangat. (maksudnya, dia boleh terima seorang madu, tetapi bukan mengasihi dua orang dalam satu masa. paham??)

3. tiada peluang kedua
ini merujuk kepada perkara yang sama, pada masa yang sama. maksudnya, apabila anda sudah makan nasi, tidak mungkin anda melakukannya sekali lagi pada masa yang sama dan benda yang sama. setiap butir beras yang sudah masuk ke dalam perut anda tidak boleh dikeluarkan semula (kecuali muntah atau buang air besar) kemudian dimakan semula (nak ke makan muntah tu, macam badang??)

4. TIADA ULANG SEMULA
haa, yang ni maksudnya, kalau nak tau apa yang saya cakap tadi, bacalah sendiri ya, dari mula. malas nak ulang balik. haha..

sekian, terima kasih..

Rabu, 12 Oktober 2011

Pilihlah...

Assalamualaikum..

lama rasanya tidak update blog. sibuk sikit dengan midterm test, assignment lagi..tapi tak mengapa, yang penting anda semua masih sudi singgah ke mari. terima kasih.


Gaya tak semesti, Bijak pengundang iri

biasalah, kita bukan kaya sangat. setiap bulan nak beli sehelai baju baru pun kadang-kadang baru dapat. tapi yalah, kita ada sikap dan perangai masing-masing, ada kebiasaan masing-masing. kalau sudah terbiasa begini, teruskan. tak semestinya orang berkereta kita berbas, hidup lebih menjadi mudah.

kadang-kadang, orang tidak menginsafi kekurangan diri. tapi alhamdulillah, ada juga segelintir yang sedar dan bangkit memperbaiki diri. senang dengan atmosfera begini. walaupun kehadiran mereka agak menyakitkan mata dan hati, bila dikenang perubahan itu, demi diri mereka sendiri, terasa seperti beban mereka dipikul bersama. bukan mudah ingin berubah. ya, bukan mudah. jadi, langkah yang kecil inilah yang harus kita banggakan supaya mereka terus mara ke hadapan.


Rindu datang bertaut, Janji dimungkiri

ada orang kata, rindu itu pengikat kasih. tapi, adakah kasih itu mengikat perasaan kita, atau dengan diri dan maruah juga? jika rindu mengikat perasaan, maka seharusnya kita terus percaya pada kekasih yang jauh di mata.

tapi rindu yang mengikat jasad dan harga diri? bagi yang selamat bernikah, YA, memang anda terikat zahir batin pada suami/isteri anda. tetapi sekadar berkasih, bercinta... jika janjinya sering dimungkiri, dan kita tidak penting langsung baginya, adakah kita perlu terus terseksa demi cinta, semata-mata kerana ingin bahagia di akhir masa bersama? fikirkanlah, jika kita tidak penting baginya, jika janji yang diberi acapkali dimungkiri, lebih baik perpisahan terjadi SEKIRANYA anda tidak dapat bertahan lagi. kerana yang terseksa di penghujung ceritera ini adalah anda sendiri, dan bukan dia.


renungkanlah sahabat sekelian, apakah masih ingin berada di takuk yang lama, tempurung yang sama, atau ingin beralih ke dimensi yang baru? pilihlah...

Isnin, 5 September 2011

hidup sekitar jalan nan raya . . .

assalamualaikum.
hidup sekitar jalan nan raya. sebenarnya, tak tahu nak letak tajuk apa. tulis macam ni pun boleh jugalah...

Jalan sesak Vs Jalan lengang.
biasalah..ada masanya kenderaan memenuhi ruang jalan, sampai langgar lampu merah, double line, petak kuning, laluan kecemasan dan sebagainya. dan ada masanya pula, sampai boleh baring atas jalan pun masih tiada kenderaan. tapi perasan tak, jalan tu, paling teruk pun berlopak, rosak. jalan tu tak beralih (melainkan dialihkan oleh pihak-pihak berkuasa sebab nak buat highway dan sebagainya). sama juga seperti kita, berduit ke, berhabuk ke, hidup tetap hidup. cuma mungkin kita mengadu domba, iri hati dengan orang lain, ataupun meneruskan usaha sehari-hari tanpa mengeluh. tapi, bila takdir telah menentukan apa yang akan terjadi nanti, hendak tak hendak memang kita terpaksa akur. walau bagaimana pun, hiduplah seperti jalan yang sentiasa berkhidmat demi kepentingan sejagat.

Jalan lurus Vs Jalan belok-belok
tak semestinya jalan yg lurus cepat sampai, dan tak semestinya jalan belok-belok memerlukan kos yang banyak (tol,minyak kereta,minyak hitam). tapi kalau pemandu bijak merancang, jaminan untuk sampai ke destinasi dengan cepat dan cermat telah dipastikan. kenapa? sebab kalau kereta memang tak cukup minyak, adalah lebih baik singgah ke stesen minyak dulu. bila dah bertemu deretan kereta di tol, panjang pula tu, memang minyak habis dekat penghawa dingin. nak berbaris bayar tol, minyak pula habis tengah jalan, nak-nak pula, penumpang-penumpang kaki ngomel, memang lambatlah jawabnya. macam tu juga hidup, tak semestinya orang yang pandai boleh makan dengan banyak, dan orang yang tidak berpendidikan tinggi hanya makan kais pagi makan pagi.. sebab usaha memungkin segalanya,lillahitaala,insyaallah.. tak percaya? cuba perhatikan betul-betul, berapa cepat orang yang ada degree boleh dapat kerja (dah lah memilih, perasan bagus,dapat degree cukup makan je pula tu) dengan yang pmr,spm saja (terpaksa kerja apa saja demi mengubah taraf hidup secara perlahan-lahan). fikirkanlah hakikat ini tanpa perlu beri alasan.jangan nafikan.

Pemandu berhemah Vs Pemandu lemah
pemandu, adalah manusia, yang apabila di belakang stereng, akan menunjukkan sikap sebenar. letakkan diri anda sebagai pemandu, dan bayangkan... ada berada di laluan kanan, ingin memotong sebuah kenderaan. tiba-tiba ada kereta lain memecut laju tanpa memberi signal. lalu bunyi-bunyi bising motor di belakang secara beramai-ramai membingitkan telinga anda. setelah selesai memotong, anda kembali ke barisan kiri. ada sebuah pacuan 4roda memotong di sebelah kiri. dan setibanya di lampu isyarat, terdapat seorang polis trafik menghulur tangan kiri dan kanan kerana lampu isyarat tersebut rosak. anda terkandas dalam jem selama 45 minit tanpa bergerak sedikit pun, tetapi dengan tak semena-mena motor-motor tadi memecut laju sehingga abang polis tadi mengejar mereka dengan motor putih. jalan semakin sesak dan akhirnya... soalan saya, apakah perasaan anda dan apakah akhirnya anda akan lakukan? ketika inilah sikap manusia itu sendiri akan ditunjukkan tanpa sedar...

Mana-mana jalan pun akhirnya ke rumah jua...
akhir sekali, pastinya terdapat banyak jalan yang membolehkan kita pulang ke rumah (atau ke destinasi yang ingin dituju) dari tempat kita berada sekarang. sesak atau lengang, berlopak atau elok, menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan awam, bersendirian atau bersama orang lain, bertol atau berbelok-belok, berbayar atau percuma, dekat atau jauh...tetapi pastinya, kita akan sampai ke destinasi. ertinya, jika hilang atau terlepas satu peluang, pastinya ada peluang lain. yang penting, doa. kenapa? sebab doa juga satu usaha, seperti mana kita berusaha (merancang) supaya tiba ke rumah walau apa pun yang berlaku...

Ahad, 4 September 2011

raya, merdeka, dan aku...

assalamualaikum...selamat hari raya..selamat hari merdeka...

kisah 1 : raya oh raya...
selamat hari raya semua...ya,maaf dan ampun ku pinta pada semua,samada yang kenal mahupun yang tak kenal..pertama sekali, maaf sebab lama tak update blog. sibuk sangat. dengan final exam (awal ogos), cuti semester (minggu kedua ogos), semester baru (minggu ketiga ogos), cuti raya (penghujung ogos).. tak ada masa nak online lama-lama (padahal main game dekat facebook,boleh pula!). tapi sekarang dah tak sibuk sangat, sebab awal semester memang boleh lepak-lepak lagi depan komputer lama-lama.. cerita pasal raya, memang banyak. cerita lucu bermula bila suami isteri bergaduh nak balik mana. sedang khusyuk si suami memandu, si isteri ajak berbual. sampai tersalah simpang, masuk ke kampung si isteri. dah sampai, baru perasan. nampaknya, beraya di kampung isteri lah jawabnya..haha. cerita menjadi agak tegang apabila kisah serius mengambil tempat apabila laungan merdeka dan takbir berkumandang..ya,kisah ini tak mahu saya perpanjangkan sebab cukuplah kamu semua tahu bahawa kemerdekaan membolehkan kita menyambut aidilfitri sekarang, dengan aman dan ceria. tapi, cerita tragis di hari raya juga tidak ketinggalan. pertumpahan darah samada di atas jalan raya mahupun di Somalia (kalau tak salah) mengisi ruangan slot raya. maka, itulah rentetan raya 2011..

kisah 2 : merdeka! merdeka! merdeka!
negara kita sudah merdeka lebih 50 tahun. saya ulangi, LEBIH 50 TAHUN. bererti, penjajah fizikal telah pun berjaya diusir keluar. tetapi, adakah kemerdekaan dapat dikekalkan jika serangan psikologi tidak berjaya kita tangkis? maaflah jika terasa seperti disindir tetapi inilah yang berlaku sekarang. macam-macam perkara berlaku. fikirkan wahai anak bangsa, apakah sumbanganmu pada negara? adakah kita menyumbang ke arah pembangunan negara, hanya menikmati tanpa membazir hasil bumi, atau memberi impak negatif pada wajah negara kita? fikirkan! maaf jika sekali lagi saya terkasar kata tetapi inilah yang melanda. tak salah berkata tapi biarlah yang baik sahaja..tak salah bergembira tapi kekalkanlah budaya kita.. tak salah ingin berubah tapi ingatlah siapa yang berjasa..

kisah 3: saya ingin mengundur diri sebentar...
saya nak pergi ke kelas, sudah tiba masanya. maaf ya, nanti saya pulang untuk kerja mengedit.

selamat hari merdeka.. selamat hari raya.. assalamualaikum.

Isnin, 8 Ogos 2011

Lepas Satu Bala Pergi, Satu Bala Mari...

hai semua...maaf lah lambat update..baru habis exam, tengah cuti la ni.. tapi belum boleh rehat-rehat sangat, ada tugasan menanti..

lepas satu bala pergi,satu bala mari..

haa..jangan salah sangka.. ayat tu cuma ekspresi orang tengah stress.. maklum lah, patut bila cuti kita cuti.. tapi banyak pula yang menanti, macam tau-tau je orang cuti..haha

bala 1 - nikmat bpuasa..sabar...
yang ni sebenarnya kita selalu terlepas pandang (dan terlepas marah)..kenapa? sebab ustaz kat al-kuliyah cakap syaitan ni, walaupun dah kena ikat sebulan, tapi dia dah train kita sebelas bulan.. jadi, bila iman tak tebal mana (macam aku ni), memang mengamuk jela. cuma kelebihan aku, aku dah reda aku fikir balik kenapa aku marah bagai nak rak dan apa pula salah aku dalam salah orang lain..kira muhasabah diri la..alhamdulillah,aku jumpa kesalahan aku dalam setiap kesalahan orang dan aku pun dah minta maaf.dia pun dah maafkan aku.. selamat hari raya je la..huhu

bala 2 - kerja manusia, buat perkara sama..
yang ni pula, sebenarnya kesalahan aku. aku ni cuai sangat kot..kerja tak siap, kertas soalan hilang, student card hilang... hari-hari benda sama je jadi.. bosan lah jugak,kan.. tapi aku tak tau macam mana nak handle masalah yang satu ni.. takkan nak tulis dalam kertas, rebus, pastu minum? haa...kang masuk hospital jawabnya..

bala 3 - yang sudah tu sudah lah...
ni pun lagi satu..dah kena sekali, belajar dari kesilapan. tapi tak, ikut hati juga.. dah dapat duga pun, ikut hati juga.. sekarang merasa lah kau,jana... ajak date, sibuk...nak call,tak sampai hati nak habiskan kredit aku..mesej? tu je lah hari-hari,...bosan juak la bah!!penyudahnya, makan kat kfc la hari ni... (namo mam sowang-sowang)..

itulah antara yang aku belajar selama tak update blog ni...tapi takpe, itu namanya PENGJARAN.. bala ke nikmat ke, sentiasalah bersyukur dan muhasabah diri okay.. dah, dah..nak kena offline ni.. nak buat kerja.. tata semua...

~SELAMAT BERPUASA!!~

Ahad, 31 Julai 2011

TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG!!!!

serunding, rendang, dan kuih raya; bulan Ramadhan bulan puasa; takut terlambat nak bangun sahur; ada sape2 nak beli??

Selasa, 12 Julai 2011

what's your favourite?

i would like to know what is your favourite colour, shape and scent. i have an idea for upcoming Raya Days, and i need your help. thank you.

Isnin, 11 Julai 2011

JUVANA @ TV# (part 3) ~ blm siap,versi daim

inilah dunia..entah mana adilnya, tak tahulah. yang pasti, ia akan terbukti nanti.

ini semua pasal JUVANA lagi. kali ni saya bercakap dari perspektif penonton. sebagai penonton, saya rasa saya telah nampak bentuk realiti dunia. hidup kita, sebagai seorang dewasa, pastinya akan melalui saat-saat ini. seperti yang daim rasakan, ketidak-adilan yang berlangsung di hadapannya merupakan suatu kenyataan hidup yang mengganggu terus fokus dan pemikirannya. meskipun harapan untuk menang terbentang depan mata, tapi semuanya sia-sia. kenapa? sebab tuan raja yang ambil hak mereka, bahkan halang kebenaran dari dibuktikan.

hakikatnya, kebijaksanaan dalam menangani perkara begini adalah sangat diperlukan. mengapa? kerana hanya dengan perancangan yang rapi, bantuan yang telus dan kesabaran akan mengatasi kezaliman. contohnya, macam biasalah, cikgu zakiyah..

dah la, tak boleh fokus la hari ni,macam daim..esok aku retrieve balik pe aku nak tulis...haha...

Rabu, 6 Julai 2011

jana in wonderland (the muzikal -sajak dari lagu)

dalam hp aku, aku baru perasan..dalam playlist (songs w/o vclip), semuanya ada unsur-unsur khayalan, tertanya-tanya yang akhirnya pemberontakkan dalaman.. maka, aku listkan lirik-lirik tu menjadi sajak..siap dengan youtube link sekali kat tajuk lagu tu..enjoy..

sayang,
kau hadir bagai suatu mimpi 
yang selalu menjelma di dalam lenaku.
kita hanya insan yang biasa,
kesudahan itu perlu ada pengorbanan...(romansa bidadari-bintang batu

namun, 
apa bisa ku cinta kamu seperti mana aku dicinta kamu, aku dijaga kamu?
atau kamu terlalu indah buat diriku, 
beda dari diriku - aku pun tak menahu!! 
aku pun tak menahu...(tunjukkan aku-boneca)

kini 
aku hilang rasa sayang 
hilang rasa benci 
hilang segala janji termetra di hati 
tinggal hanya mimpi untuk selamanya...(hilang rasa cinta-grey sky morning)
kerana
yang tertinggal hanya bayangmu 
kian bermain dalam mimpiku 
daun-daun pun berguguran jatuh menyembah bumi 
seakan ia pun mengerti betapa pedih hati ku ini...(tanpa bintang-beeha ft ronny)


tiada bezanya siang dan malam ku hanya seekor kuman yang berterbangan di udaramu tapi tak mampu mendekatimu...(hancur-sam kuman)

sayang mengertilah,
 bila kau tiada di sisi dunia ibarat terhenti tak terlengkap pusingan paksinya engkaulah dewi hati kurniaan dari ilahi selengkap adanya bulan dan matahari...(puisi dewi-bintang batu)

baby please....
Just one more chance,
another dance 
and let me feel it isn't real that I've been losing you... (boulevard-dan byrd)

ahh!!
biarkan ku terus berlari 
cuba merajai mimpi 
tiap bayangmu kan ku jejaki nanti...(babak pertama-drama band)

and please,
just let me fly up with my broken wings 
and let me bleed until I finally heal 
keep on trying to survive within all this love inside
let me just let me be...(let me-boneca)

janganlah kau ganggu diriku lagi
biarkan aku yang terluka berdiri tanpa dirimu 
mungkinkah aku yang terleka menyatu hati kita berdua...(mestika melara-out worn shoes)

jangan kau sentuh aku bukan boneka 
kamulah kamu aku bukan boneka 
kelak kau tahu lewat harimu...(karma-faizal tahir)

dan aku kan tetap di sini
tak perlu kau peduli
biar apa terjadi
akulah aku, akulah AKU.

Alice in Wonderland . . .

hey, it's Wednesday...English-english only k...

okay, this is about the book i bought last week, Alice in Wonderland.. yes, i know you know this story. i also know it. but, i just can't stop loving it! (looking for it's movie, and so Edward Scissorhands.love both much!)

but, why i like it? i wonder why... is this because of my own habit - fantasizing (berkhayal,right?) alot? or this is because of the chaos in this story? or, because i just like it? i'm not sure...

who know the answer, why we like something, really and truly?

Isnin, 4 Julai 2011

JUVANA @ TV (part 2)

Macam biasa, aku suka tengok cerita Juvana. ada la beberapa pengajaran aku berjaya kutip hari ni.

1.kalau semua dah benci kat kau, memang kena bantai je la...
   yang ni berlaku pada Botak. masa dia main bola dengan lagi dua orang kawan dia. dia kata dia tackle je, tapi nampak sangat memang nak sepak budak-budak tu. mungkin sebab diorang dah sedar la kot, sebab tu diorang berani lawan balik.


2.kawal nafsu dan kawal fikiran.
   ni mak si Daim. tapi nak buat macam mana, benda ni terpulang pada individu. nampak tak dia gatal dengan lelaki yang kutip kertas (kononnya tu)? sebab nafsu yang tak terkawal, dia biarkan je orang keluar masuk rumah dia. akhirnya? mati kena tikam dengan perompak tu. kawal fikiran macam cikgu Zakiah. sebab nama tak penting, yang penting cara untuk tegakkan kebenaran. tapi buat dengan cara yang betul la...


3.di mana ada lawan, di situ ada kawan...
   itulah benda yang kita tak nak terima, tapi percayalah, itu adalah hakikat yang kita tak boleh elak. sebenarnya, aku adalah antara orang-orang macam ni. tapi percayalah, lawan kita boleh berubah jadi kawan bila kita maafkan dia dan kita ubah diri kita jadi lebih baik. selain tu, pilih kawan yang baik. bukan yang tak pernah mencuri, tapi yang boleh kongsi susah senang dengan kita. ada selalu disamping kita. 




jadi, fikirlah apa lagi pengajaran dari cerita ni (atau mana-mana cerita pun) dan tanamkan dalam kotak fikiran kita. jangan tengok je. ok lah, nak buat kerja. jumpa rabu nanti la ye, tata...

Rabu, 29 Jun 2011

Today is English day. From I was standard three till now I'm in college, there's always one day in a week that we have to speak English. So I start to think that, to enhance my English and to make my entry quite interesting, I will type my entry in English for every Wednesday. And it begin now.

Isnin, 27 Jun 2011

JUVANA @ TV#

bila tengok cerita juvana kat tv3, aku rasa kejap-kejap aku sedih dan tertekan, jap lagi rasa gembira atau bersemangat. kenapa? sebab aku dapat rasa apa dorang rasa. entahlah, mungkin sebab aku pun macam tu, atau aku jenis yang empati. tapi yang aku tak faham, kenapa ada suara-suara sumbang bagitau yang ramai orang tak suka cerita tu?


mungkin kerana mereka tak dapat terima yang mereka atau orang-orang yang rapat pernah mengalami perkara seumpama itu. itu biasa, tapi kalau benda sebegini kita tengok dari sudut yang positif, kita mampu menjadikannya pelajaran terbaik untuk hidup ini.

atau mungkin kerana mereka beranggapan cerita ini dapat meninggkatkan lagi rasa protes dan memberontak dalam diri remaja. mana tidaknya, mereka menonton dan merasakan bahawa ibubapa, keluarga, kawan-kawan, masyarakat dan semua pihak di sekeliling mereka menidakkan mereka. lebih teruk, remaja akan terbawa-bawa cara penyelesaian seperti yang ditunjukkan dalam rancangan tersebut.


tidak kurang juga yang memandang remaja-remaja juvana ini sebagai sampah masyarakat. kerana itu, kisah hidup mereka dianggap sebagai tidak seeloknya ditayangkan bagi tontonan di kaca televisyen. mereka beranggapan kisah tauladan ini tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat.


walau bagaimana pun, saya masih beranggapan bahawa kisah ini sangat-sangat memberi kesan yang mendalam serta mengajar saya bahawa hidup ini boleh berubah selagi kita ada keinginan tersebut.

enjoy lagu tema JUVANA - BABAK PERTAMA by DRAMA BAND

Ahad, 19 Jun 2011

dalam buat asignment ni..adalah rasa tak puas hati..normal la..tapi masalahnya, rasa macam terlalu berlebihan perangai orang ni.. tapi tak pe lah, kerja berkumpulan..

p/s : tak payahlah bergaduh sakan, yang penting tolak ansur. jangan lupa,buat je kerja tu. takut-takut nanti tak sempat siap,takde backup lak. kan dah kena potong markah..

Jumaat, 10 Jun 2011

you will know how much i miss you...

katakanlah kalau dia tu seseorang yang kita sayang.tapi dia ada orang lain. adakah dia akan tahu betapa kita rindu nak bertemu dengan dia? nak lepak sama-sama, lunch sama-sama, belajar sama-sama...

we'll meet in my dream, someday...

adakah rindu itu akan menambah semangat kita, atau sekadar perlambangan kepada fantasi rasa kita semata-mata? adakah dia berharap seperti kita, dapat luangkan masa dengan kita seperti dulu?

Rabu, 8 Jun 2011

Like A Volcano

saying 'hi' or say 'goodbye',
both are taugh and make me cry,
'cause I know the reason why,
I can't let it go 'till I die.

first day at school you come to me,
I try to run as I don't know anybody,
but you say 'hi, my name is ___',
you put a smile on my face immediately.

three days since than i becoming cosy,
some times, I know, I'm not happy,
I keep on laugh, but you know I just pretending,
you crack a joke like it is a routine.

three years later I can't bear it,
can't keep it alone, like a volcano,
you still tell me jokes but I'm not laughing anymore,
you say 'okay buddy, goodbye' and just go.

Rabu, 1 Jun 2011

DRINK AND WIN? MINUM DAN MENANG??

I can win a car just by drinking tea? How cool is that!? Don't believe? Click here.
http://says.my/crusj/boh-tea

Saya boleh menang sebiji kereta hanya dengan minum teh? Gempak gila!? Tak percaya? Klik sini.
http://says.my/crusj/boh-tea