Isnin, 27 Jun 2011

JUVANA @ TV#

bila tengok cerita juvana kat tv3, aku rasa kejap-kejap aku sedih dan tertekan, jap lagi rasa gembira atau bersemangat. kenapa? sebab aku dapat rasa apa dorang rasa. entahlah, mungkin sebab aku pun macam tu, atau aku jenis yang empati. tapi yang aku tak faham, kenapa ada suara-suara sumbang bagitau yang ramai orang tak suka cerita tu?


mungkin kerana mereka tak dapat terima yang mereka atau orang-orang yang rapat pernah mengalami perkara seumpama itu. itu biasa, tapi kalau benda sebegini kita tengok dari sudut yang positif, kita mampu menjadikannya pelajaran terbaik untuk hidup ini.

atau mungkin kerana mereka beranggapan cerita ini dapat meninggkatkan lagi rasa protes dan memberontak dalam diri remaja. mana tidaknya, mereka menonton dan merasakan bahawa ibubapa, keluarga, kawan-kawan, masyarakat dan semua pihak di sekeliling mereka menidakkan mereka. lebih teruk, remaja akan terbawa-bawa cara penyelesaian seperti yang ditunjukkan dalam rancangan tersebut.


tidak kurang juga yang memandang remaja-remaja juvana ini sebagai sampah masyarakat. kerana itu, kisah hidup mereka dianggap sebagai tidak seeloknya ditayangkan bagi tontonan di kaca televisyen. mereka beranggapan kisah tauladan ini tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat.


walau bagaimana pun, saya masih beranggapan bahawa kisah ini sangat-sangat memberi kesan yang mendalam serta mengajar saya bahawa hidup ini boleh berubah selagi kita ada keinginan tersebut.

enjoy lagu tema JUVANA - BABAK PERTAMA by DRAMA BAND