Jumaat, 19 Disember 2014

tips kemas rumah

Assalamualaikum..

aku tengah fikir macam mana nak kemas rumah. hurm... bersepah sangat-sangat! nak-nak baju yang melambak sana sini. nak dibuang, orang punya. nanti mulalah keluar dialog macam ni;
  
"Kan baju aku. yang kau pandai-pandai buang kenapa???!!"
  
atau macam ni;
  
"Tak ada kerja dah ke buang-buang baju orang ni?"
   
atau macam ni;

"Tak reti minta izin ke hah? tak reti tanya dulu?? kau ingat ni baju abah kau punya ke hah?? (abahmu abahku jua....)"


jadi, aku pun carilah tips nak kemas rumah...dan ni yang aku dapat.

1- uruskan baju setiap hari

tak ada masalah sebab memang setiap hari aku basuh baju, tak pun dua hari sekali. korang macam mana?? tapi, tu baru basuh. lepas tu kenalah sidai kasi kering. lepas tu kena lipat dan susun elok-elok. tpi inilah masalah aku, malas nak asingkan baju yang dah kering. yelah, keluarga aku ada lapan orang termasuk aku, belum campur baju-baju kurung, pakaian sekolah, cadar selimut, yang kecik-kecik.... pening!


2-  lantai oh lantai

sapu lantai tu biar hari-hari, mop pula seminggu sekali dua. kalau ada kotoran tertumpah kat lantai, terus kemas. jangan dah bersemut lantai tu baru sibuk nak sapu lah, nak mop lah. ingat tu!


3- masak dan makan

bab masak memasak ni, aku kurang sikit, sebab akak atau adik aku akan buat kerja-kerja ni. cuma, ye lah, aku amalkan masak nasi dulu sebelum sediakan bahan nak masak lauk, sebab aku tolong sedia-sediakan bahan masak (tapi masak atas api aku tak join.haha). jadi, sikap tolong menolong dan pembahagian tugas tu tersangatlah penting kalau nak siapkan kerja dengan cepat. kalau dah habis pakai perkakas, terus letak dalam sinki, nanti adik lagi sorang pulak selesaikan. dalam pada lauk tengah masak, nasi pun dah nak masak, bolehlah siap-siapkan air minuman, hidang-hidang pinggan. 

eh, apa kaitan dengan mengemas? haha..tak tau la..


4- simpan menyimpan

okey, ni bukan cerita pasal simpan duit ke apa ke. ni cerita pasal tempat menyimpan barang-barang. secara dasarnya, mesti semua orang fikir kabinet untuk simpan pinggan mangkuk, bakul besar untuk simpan mainan anak-anak, ruang makan untuk makan je. betul, memang betul. tapi sekarang, bukan semua orang boleh macam tu. ubatnya senang je. jadi kreatif macam mana nak simpan barang-barang, dan pastikan semua orang yang tinggal dalam rumah tu setuju dan faham akan cara dan tempat nak simpan barang-barang tu. paham?


5- multitasking

haa...multitasking yang aku maksudkan ialah gunakan mesin-mesin yang ada dan dalam masa yang sama buat kerja dengan kudrat kita yang masih ada bercampur dengan kreativiti atau bantuan orang lain. haha. contoh macam ni;

basuh baju dalam mesin basuh (mesin) + masak nasi dalam periuk elektrik (mesin) + masak lauk yang tak perlu sentiasa dikacau (kreativiti) + minta anak/adik yang dah besar sikit sediakan pinggan untuk makan (bantuan orang lain) + basuh pinggan mangkuk (buat sendiri) + bancuh air sirap (buat sendiri). sebelum makan, pakaian boleh jemur dulu (atau kalau pakaian siap dibasuh lebih awal, suruh anak/adik jemurkan dulu). jadi, dah tak banyak kerja bila dah habis makan nanti. betul tak?


6- tahu apa nak buat

kemas ke apa ke, yang penting kita tau apa kita nak buat. lagi bagus, ambil gambar ruangan yang kita nak kemas atau benda yang kita nak buat sebelum dan selepas. baru lah kita tau kita puas hati ke tak dengan apa yang kita buat tu.


7- utamakan keperluan, ketepikan emosi


ni bertujuan supaya kita tahu apa yang nak dipakai, apa yang tak terpakai. baju, hiasan, benda-benda yang tak perlu. asingkan. yang memang berpakai atau ada tempat untuk pamerkan, simpan dan susun siap-siap. yang seterusnya kita perhatikan betul-betul. baju tu muat lagi tak? barang mainan ni nak main lagi ke tak? buku nota ni dah berapa lama kita tak baca, jadi berguna lagi untuk kita ke tak? dsb... maka, apa yang betul-betul kita nak simpan je kita simpan, yang lain tu jual atau sedekah je pada orang. kalau susah sangat, buang je. jangan disebabkan sayang kat satu-satu benda tu, kita tak ada ruang yang cukup untuk simpan benda-benda penting dan berpakai, sekaligus menyakitkan mata dan otak kita sebab semak sangat rumah tu.

tu je lah buat masa ni. tata.

.: credit to http://www.wom.my/kesihatan/cara-kemas-rumah/
.: credit to http://akusukatulisblog.blogspot.com/2013/12/tips-mengemas-rumah.html
.: credit to http://susunatursioca.blogspot.com/2014/06/macamana-nak-pastikan-rumah-kekal-kemas.html
.: credit to http://superbvitamin.blogspot.com/2014/09/7-tips-kemas-rumah-mudah-dan-cepat.html