Isnin, 5 September 2011

hidup sekitar jalan nan raya . . .

assalamualaikum.
hidup sekitar jalan nan raya. sebenarnya, tak tahu nak letak tajuk apa. tulis macam ni pun boleh jugalah...

Jalan sesak Vs Jalan lengang.
biasalah..ada masanya kenderaan memenuhi ruang jalan, sampai langgar lampu merah, double line, petak kuning, laluan kecemasan dan sebagainya. dan ada masanya pula, sampai boleh baring atas jalan pun masih tiada kenderaan. tapi perasan tak, jalan tu, paling teruk pun berlopak, rosak. jalan tu tak beralih (melainkan dialihkan oleh pihak-pihak berkuasa sebab nak buat highway dan sebagainya). sama juga seperti kita, berduit ke, berhabuk ke, hidup tetap hidup. cuma mungkin kita mengadu domba, iri hati dengan orang lain, ataupun meneruskan usaha sehari-hari tanpa mengeluh. tapi, bila takdir telah menentukan apa yang akan terjadi nanti, hendak tak hendak memang kita terpaksa akur. walau bagaimana pun, hiduplah seperti jalan yang sentiasa berkhidmat demi kepentingan sejagat.

Jalan lurus Vs Jalan belok-belok
tak semestinya jalan yg lurus cepat sampai, dan tak semestinya jalan belok-belok memerlukan kos yang banyak (tol,minyak kereta,minyak hitam). tapi kalau pemandu bijak merancang, jaminan untuk sampai ke destinasi dengan cepat dan cermat telah dipastikan. kenapa? sebab kalau kereta memang tak cukup minyak, adalah lebih baik singgah ke stesen minyak dulu. bila dah bertemu deretan kereta di tol, panjang pula tu, memang minyak habis dekat penghawa dingin. nak berbaris bayar tol, minyak pula habis tengah jalan, nak-nak pula, penumpang-penumpang kaki ngomel, memang lambatlah jawabnya. macam tu juga hidup, tak semestinya orang yang pandai boleh makan dengan banyak, dan orang yang tidak berpendidikan tinggi hanya makan kais pagi makan pagi.. sebab usaha memungkin segalanya,lillahitaala,insyaallah.. tak percaya? cuba perhatikan betul-betul, berapa cepat orang yang ada degree boleh dapat kerja (dah lah memilih, perasan bagus,dapat degree cukup makan je pula tu) dengan yang pmr,spm saja (terpaksa kerja apa saja demi mengubah taraf hidup secara perlahan-lahan). fikirkanlah hakikat ini tanpa perlu beri alasan.jangan nafikan.

Pemandu berhemah Vs Pemandu lemah
pemandu, adalah manusia, yang apabila di belakang stereng, akan menunjukkan sikap sebenar. letakkan diri anda sebagai pemandu, dan bayangkan... ada berada di laluan kanan, ingin memotong sebuah kenderaan. tiba-tiba ada kereta lain memecut laju tanpa memberi signal. lalu bunyi-bunyi bising motor di belakang secara beramai-ramai membingitkan telinga anda. setelah selesai memotong, anda kembali ke barisan kiri. ada sebuah pacuan 4roda memotong di sebelah kiri. dan setibanya di lampu isyarat, terdapat seorang polis trafik menghulur tangan kiri dan kanan kerana lampu isyarat tersebut rosak. anda terkandas dalam jem selama 45 minit tanpa bergerak sedikit pun, tetapi dengan tak semena-mena motor-motor tadi memecut laju sehingga abang polis tadi mengejar mereka dengan motor putih. jalan semakin sesak dan akhirnya... soalan saya, apakah perasaan anda dan apakah akhirnya anda akan lakukan? ketika inilah sikap manusia itu sendiri akan ditunjukkan tanpa sedar...

Mana-mana jalan pun akhirnya ke rumah jua...
akhir sekali, pastinya terdapat banyak jalan yang membolehkan kita pulang ke rumah (atau ke destinasi yang ingin dituju) dari tempat kita berada sekarang. sesak atau lengang, berlopak atau elok, menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan awam, bersendirian atau bersama orang lain, bertol atau berbelok-belok, berbayar atau percuma, dekat atau jauh...tetapi pastinya, kita akan sampai ke destinasi. ertinya, jika hilang atau terlepas satu peluang, pastinya ada peluang lain. yang penting, doa. kenapa? sebab doa juga satu usaha, seperti mana kita berusaha (merancang) supaya tiba ke rumah walau apa pun yang berlaku...