Isnin, 4 Julai 2011

JUVANA @ TV (part 2)

Macam biasa, aku suka tengok cerita Juvana. ada la beberapa pengajaran aku berjaya kutip hari ni.

1.kalau semua dah benci kat kau, memang kena bantai je la...
   yang ni berlaku pada Botak. masa dia main bola dengan lagi dua orang kawan dia. dia kata dia tackle je, tapi nampak sangat memang nak sepak budak-budak tu. mungkin sebab diorang dah sedar la kot, sebab tu diorang berani lawan balik.


2.kawal nafsu dan kawal fikiran.
   ni mak si Daim. tapi nak buat macam mana, benda ni terpulang pada individu. nampak tak dia gatal dengan lelaki yang kutip kertas (kononnya tu)? sebab nafsu yang tak terkawal, dia biarkan je orang keluar masuk rumah dia. akhirnya? mati kena tikam dengan perompak tu. kawal fikiran macam cikgu Zakiah. sebab nama tak penting, yang penting cara untuk tegakkan kebenaran. tapi buat dengan cara yang betul la...


3.di mana ada lawan, di situ ada kawan...
   itulah benda yang kita tak nak terima, tapi percayalah, itu adalah hakikat yang kita tak boleh elak. sebenarnya, aku adalah antara orang-orang macam ni. tapi percayalah, lawan kita boleh berubah jadi kawan bila kita maafkan dia dan kita ubah diri kita jadi lebih baik. selain tu, pilih kawan yang baik. bukan yang tak pernah mencuri, tapi yang boleh kongsi susah senang dengan kita. ada selalu disamping kita. 




jadi, fikirlah apa lagi pengajaran dari cerita ni (atau mana-mana cerita pun) dan tanamkan dalam kotak fikiran kita. jangan tengok je. ok lah, nak buat kerja. jumpa rabu nanti la ye, tata...