Ahad, 4 September 2011

raya, merdeka, dan aku...

assalamualaikum...selamat hari raya..selamat hari merdeka...

kisah 1 : raya oh raya...
selamat hari raya semua...ya,maaf dan ampun ku pinta pada semua,samada yang kenal mahupun yang tak kenal..pertama sekali, maaf sebab lama tak update blog. sibuk sangat. dengan final exam (awal ogos), cuti semester (minggu kedua ogos), semester baru (minggu ketiga ogos), cuti raya (penghujung ogos).. tak ada masa nak online lama-lama (padahal main game dekat facebook,boleh pula!). tapi sekarang dah tak sibuk sangat, sebab awal semester memang boleh lepak-lepak lagi depan komputer lama-lama.. cerita pasal raya, memang banyak. cerita lucu bermula bila suami isteri bergaduh nak balik mana. sedang khusyuk si suami memandu, si isteri ajak berbual. sampai tersalah simpang, masuk ke kampung si isteri. dah sampai, baru perasan. nampaknya, beraya di kampung isteri lah jawabnya..haha. cerita menjadi agak tegang apabila kisah serius mengambil tempat apabila laungan merdeka dan takbir berkumandang..ya,kisah ini tak mahu saya perpanjangkan sebab cukuplah kamu semua tahu bahawa kemerdekaan membolehkan kita menyambut aidilfitri sekarang, dengan aman dan ceria. tapi, cerita tragis di hari raya juga tidak ketinggalan. pertumpahan darah samada di atas jalan raya mahupun di Somalia (kalau tak salah) mengisi ruangan slot raya. maka, itulah rentetan raya 2011..

kisah 2 : merdeka! merdeka! merdeka!
negara kita sudah merdeka lebih 50 tahun. saya ulangi, LEBIH 50 TAHUN. bererti, penjajah fizikal telah pun berjaya diusir keluar. tetapi, adakah kemerdekaan dapat dikekalkan jika serangan psikologi tidak berjaya kita tangkis? maaflah jika terasa seperti disindir tetapi inilah yang berlaku sekarang. macam-macam perkara berlaku. fikirkan wahai anak bangsa, apakah sumbanganmu pada negara? adakah kita menyumbang ke arah pembangunan negara, hanya menikmati tanpa membazir hasil bumi, atau memberi impak negatif pada wajah negara kita? fikirkan! maaf jika sekali lagi saya terkasar kata tetapi inilah yang melanda. tak salah berkata tapi biarlah yang baik sahaja..tak salah bergembira tapi kekalkanlah budaya kita.. tak salah ingin berubah tapi ingatlah siapa yang berjasa..

kisah 3: saya ingin mengundur diri sebentar...
saya nak pergi ke kelas, sudah tiba masanya. maaf ya, nanti saya pulang untuk kerja mengedit.

selamat hari merdeka.. selamat hari raya.. assalamualaikum.