Jumaat, 24 Oktober 2014

tips makan banyak-banyak ^_^

hai...lama dah rasanya tak update blog.. okay, hari ni tak nak cerita panjang lebar kenapa lama tak update blog (banyak yang jadi sepanjang tak update blog ni). makanya, hari ni kita cerita pasal MAKAN! ye, MAKAN!

nak makan banyak tapi kadang-kadang rasa tak mampu nak makan. benda ni terjadi kepada yang tak amalkan diet nak kurus la eh (yang nak kurus tak payah la...tengok je kami-kami ni makan..haha!). tips-tips nya adalah seperti berikut ;

1. makan macam biasa.
huh? kan nak makan besar kejap-kejap lagi ni. takkan lah nak makan siang ni kot? malam/petang nanti nak makan banyak macam mana? hish, jangan salah faham. perut kita kalau tak makan, lagi lah dia buat hal. macam, kita dah lama tak jalan kaki. tiba-tiba kena jalan kaki, mesti rasa susah, kan? macam tu juga perut ni. dah biasa makan, tiba-tiba tak makan, tiba-tiba lagi makan, banyak pulak tu. haa...tak terkejut ke perut tu? kesian perut. huhu...




2. minum air.
 ye, air. tapi bukan sebarang air ye. ais kososng/mineral, air buah atau lagi best, air yang asidik gitu, macam air limau ke.
yang lemak-lemak macam coklat ke susu ke, atau yang bergas ke, tak mau minum masa nak makan besar ye. ini kerana, air yang asidik tu akan potong lemak dalam makanan sekali gus melambatkan rasa muak dan kekenyangan melampau, sedangkan air bergas atau susu dan seumpanya tu mencepatkan kita untuk rasa kenyang yang teramat sampai misi kita untuk makan banyak-banyak tak tercapai. tu yang terjadi "mission impossible" tu. adoi. lagi satu, kalau boleh 2hari sebelum nak makan banyak ni pun, banyakkan minum plain water okay!




3. mulakan dengan yang ringan-ringan.
mulakan minum dan makan dengan bismillah, diikuti dengan makanan yang ringan-ringan. senang cerita, starter lah kata orang putih. yang tak masin, yang tak berat sangat, yang light-light je. lepas tu borak-borak la. ambil masa sebelum kita beralih ke main course katanya.


4. makan yang mahal.
ini kalau makan dekat kedai la. kalau tak mahal, kira yang berat la macam daging ke, ayam ke. tapi ni yang kira lauk paling utama la dalam sebanyak-banyak makanan yang dihidangkan. dan bila dah lauk utama tu, mesti la makan dengan nasi, sayur, atau kalau english style, makan dengan kentang. jadi bila dah jadi hidangan sepinggan lengkap tu, dah kira mahal la tu. okay what?



5. tandas.
ni memang la bukan bab makan, tapi untuk menjamin kelangsungan acara makan tanpa henti yang betul-betul berhenti tu, rajin-rajin la ke tandas untuk melegakan segala apa yang tak enak dalam perut tu. ini bertujuan khasnya untuk memberi keselesaan sepanjang kita nak makan sebanyak-banyak makanan, dan umumnya untuk mengelakkan kita dari penyakit "muka minta penampar" aka rasa tak selesa nak berborak dengan orang. ala, biasa la borak sambil makan. baru terasa nikmatnya, betul tak? hehe.


6. makanan kecil.
okay, makanan kecil ni maksudnya, bila kita dah kenyang, tapi nak makan lagi. apa yang perlu kita lakukan ialah makan buah yang kecil-kecil, seperti anggur atau buah potong. hal ini dapat membantu mengimbangkan tahap gula dalam badan dan mungkin pening-pening kekenyangan. kalau minum kopi, minum yang light-light je.



jadi itulah 6 cara makan banyak-banyak yang betul lah kot. oh, sebelum terlupa, kalau rasa nak tambah, jangan dan-dan tu nak tambah. chill la dulu, borak-borak, jalan-jalan, betulkan mekap, buang air, ambil angin, buat apa-apa lah sebelum tambah apa-apa benda atas pinggan. jadi, baru la dapat makan banyak-banyak!