Khamis, 20 Oktober 2011

Tiada Yang Kedua

Tiada Yang Kedua

ya, ya, ya... memang tiada yang kedua. kenapa? sebab, selalunya, yang kedua (bukan untuk semua perkara) selalunya memberi impak negatif pada seseorang.

1. tiada TUHAN yang kedua
ini berkaitan dengan agama atau kepercayaan masing-masing. sebagai seorang muslim, tuhan kita hanya satu, iaitu Allah s.w.t. jika ada tuhan kedua, nama-nama Allah yang 99 itu, mesti dibahagi-bahagi. jadi, tuhan tidak sempurna. maka, kerana Allah itu Maha Esa, satu-satunya tuhan, tiada tuhan selainNya, maka Allah s.w.t adalah Maha Lengkap.

2. tiada suami kedua
melainkan anda (wanita) telah bercerai, lalu berkahwin semula (dengan lelaki yang lain), itu lain cerita. tetapi, bagi satu-satu perkahwinan, wanita hanya berkahwin dengan seorang lelaki. jika suami berkongsi isteri dengan suami yang lain, maka si isteri tidak berupaya untuk menjaga keluarga kedua-dua suami, sebaliknya wanita merupakan makhluk yang kuat semangat. (maksudnya, dia boleh terima seorang madu, tetapi bukan mengasihi dua orang dalam satu masa. paham??)

3. tiada peluang kedua
ini merujuk kepada perkara yang sama, pada masa yang sama. maksudnya, apabila anda sudah makan nasi, tidak mungkin anda melakukannya sekali lagi pada masa yang sama dan benda yang sama. setiap butir beras yang sudah masuk ke dalam perut anda tidak boleh dikeluarkan semula (kecuali muntah atau buang air besar) kemudian dimakan semula (nak ke makan muntah tu, macam badang??)

4. TIADA ULANG SEMULA
haa, yang ni maksudnya, kalau nak tau apa yang saya cakap tadi, bacalah sendiri ya, dari mula. malas nak ulang balik. haha..

sekian, terima kasih..

Tiada ulasan: